Translate

18 June 2024

Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik



Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik

Bernama

17/06/2024
Balveer berkata suspek telah memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkan gambar terbabit sekiranya kejadian itu terbongkar. - Gambar PDRM


Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik

Balveer berkata suspek telah memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkan gambar terbabit sekiranya kejadian itu terbongkar. - Gambar PDRM

JOHOR BAHRU: Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata penahanan dilakukan pada 8 malam semalam di Skudai, dan polis turut merampas kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan serta menjumpai semula barangan milik mangsa.

Beliau berkata permohonan reman terhadap keempat-empat suspek dibenarkan selama empat hari bermula 17 hingga 20 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 363, 324 dan 506 Kanun Keseksaan.







"Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada Sabtu lepas, ketiga-tiga mangsa dilarikan sekumpulan lebih kurang 10 lelaki yang seorang daripadanya dikenali oleh mangsa, dengan menggunakan tiga kereta ke sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Balveer berkata suspek telah memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkan gambar terbabit sekiranya kejadian itu terbongkar.

"Suspek kemudian telah melarikan diri bersama-sama dengan barangan peribadi milik mangsa dan meninggalkan mangsa di lokasi yang sama," katanya.

Beliau berkata mangsa yang cedera lebam di bahagian muka dan tangan berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan telah dihantar ke hospital bagi tujuan rawatan sebelum datang ke balai polis untuk membuat laporan pada 6.45 pagi semalamn.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED