Translate

27 August 2023

Ustaz Azhar Idrus (UAI) Menegaskan Kenyataan Abang Tesla Tentang Isteri Pertama dan Kedua Tidak Benar



ai

 



 Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menyelar ungkapan dicanang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla berhubung kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.

Dalam ceramahnya, Azhar menegaskan, kenyataan itu tidak benar kerana tidak terkandung dalam al-Quran serta hadis.

"Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.


"Betul atau tidak?
"Jawapannya betul...orang ini sudah tidak betul.
"Ini hadis ke?
"Ini perkataan netizen.
"Hidup kita kena ikut netizen ke hadis?
"Kalau ikut netizen sesat kamu jumpa api neraka," katanya menerusi video ceramahnya yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam sejak minggu lalu mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan dia telah bernikah kali kedua.

Kata Abang Tesla, ada ustaz yang memberitahu dirinya bahawa ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' hingga mendapat kecaman ramai.

Tambah Azhar, kenyataan yang dikeluarkan itu boleh menyakiti hati isteri pertama.
"Siapa jadi isteri pertama pastinya terasa hati dengan kenyataan begini.

"Sebenarnya kedua-dua isteri adalah tanggungjawab kita (suami) sebab itu hadis nabi kata antara orang beriman yang terbaik adalah yang paling banyak berbuat baik kepada isteri," ujarnya

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 6 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 6 hrs 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs ago