Translate

28 August 2023

Sembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik

 Sembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik

Bernama

Ogos 28, 2023 16:55 MYTSembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik

Sembilan individu termasuk seorang remaja OKU dan dua kru bot terselamat apabila bot yang melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong telah terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung hari ini. - Foto Bomba Perak

Sembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik

Sembilan individu termasuk seorang remaja OKU dan dua kru bot terselamat apabila bot yang melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong telah terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung hari ini. - Foto Bomba Perak via Sinar Harian

IPOH: Sembilan individu termasuk seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dan dua kru bot terselamat apabila bot yang melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong telah terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian melibatkan mangsa pelancong tempatan yang kesemua berusia antara tiga hingga 34 tahun itu pada 10.58 pagi sebelum tiba ke lokasi pada 11.15 pagi tadi.

Beliau berkata dua mangsa didapati lemas iaitu remaja OKU berusia 17 tahun terbabit dan seorang wanita 34 tahun yang telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba, manakala tujuh mangsa yang lain selamat selepas berjaya berenang ke pantai.



"Mangsa lelaki (OKU) yang lemas telah sedar akibat daripada bantuan CPR (resusitasi kardiopulmonari) oleh orang awam seterusnya dibawa ke hospital oleh EMRS bomba.

"Seorang lagi mangsa iaitu wanita tidak sedarkan diri dirawat oleh anggota KKM (Kementerian Kesihatan) dan didapati mempunyai nadi seterusnya dibawa ke hospital oleh ambulans KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sayani berkata operasi tamat pada 12.15 tengah hari.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 29 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 3 hrs 42 mins ago