Translate

02 August 2023

After photo reveal, Sanusi admits meeting REE theft suspect

HARIAN METRO 

 Saifuddin dedah gambar, dokumen warga China dikait dengan Sanusi

Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan sidang media khas kecurian REE di Pejabat MPN Negeri Kedah, Kompleks Perniagaan Gunung Inas,  Lebuhraya Sultanah Bahiyah, hari ini. FOTO SYAHARIM ABIDIN

S

Alor Setar: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan bukti terbaharu isu kecurian unsur nadir bumi (REE) termasuk gambar Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama seorang warga China yang dikaitkan dengan kegiatan berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) berkata, gambar individu yang dipercayai So Loi Fat itu adalah salah seorang daripada dua pekerja mahir yang dibawa masuk Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah.

Selain itu, Saifuddin turut mendedahkan dokumen permohonan Pas Lawatan Ikhtisas yang dipohon dan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Muhammad Sobri Osman.

"Jelas ada permohonan Pas Lawatan Ikhtisas kepada dua warga China ini dengan majikannya adalah MBI. Kini penafian dibuat oleh pengurusan tertinggi perbadanan itu. Saya alu-alukan laporan polis dibuat, kerana ini akan membolehkan siasatan terus dijalankan.

"Terang ada surat dari Menteri Besar dan CEO MBI dengan nama dua warga China yang saya bangkitkan berkali-kali. Menteri Besar harus bertanggungjawab menjawab soalan yang dibangkitkan. Jangan alih pada isu lain. Ini ruang dia berikan penjelasan dari sudut tatakelola sebuah kerajaan. Mengelak bukan satu pilihan," katanya pada sidang media di Pejabat PKR Kedah di sini, hari ini.

 Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan sidang media khas kecurian REE di Pejabat MPN Negeri Kedah, Kompleks Perniagaan Gunung Inas,  Lebuhraya Sultanah Bahiyah, hari ini. FOTO SYAHARIM ABIDIN

Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan sidang media khas kecurian REE di Pejabat MPN Negeri Kedah, Kompleks Perniagaan Gunung Inas, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, hari ini. FOTO SYAHARIM ABIDIN

Saifuddin berkata pendedahan itu, adalah bagi memberikan gambaran kepada Muhammad Sanusi mengenai kepincangan pentadbiran beliau sehingga MBI dilihat terkait dalam kejadian kecurian bahan mineral itu.

Katanya, penafian dari Muhammad Sobri mengenai keberadaan individu warga China dalam syarikat, serta laporan polis Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran MBI juga menimbulkan lebih banyak persoalan.

Sementara itu, beliau berkata kedudukan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah dalam Lembaga Penasihat MBI juga menunjukkan adanya konflik kepentingan sehingga memungkinkan jabatan itu tidak membuka kertas siasatan ke atas rampasan lebih 360 guni bahan dipercayai REE pada Januari lalu.

Malah beliau turut membidas kenyataan Muhammad Sanusi, bahawa beliau menggunakan kekuatan agensi penguatkuasaan bagi memberikan tekanan kepada pimpinan kerajaan negeri Kedah.

"Sanusi juga mengutip semua maklumat menggunakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar bagi mengemukakan kritikan di pentas politik. Kita tidak ada masalah. Kini, bila saya bangkitkan hujah politik, maka tuntutan saya adalah agar beliau menjawab soalan ini.

"Beliau (Sanusi) mempunyai akses kepada MBI. Boleh panggil pengurusan kanan dan dapatkan input bagi menjawab segala hujah. Perkara ini sudah dibongkar dan disuarakan oleh orang awam sebelum ini. Saya cuma susun semula," katanya.

Pendedahan mengenai kecurian REE dan kaitannya dengan MBI Kedah tegasnya menyentuh soal kepimpinan, dan Muhammad Sanusi tidak wajar 'cuci tangan'.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Sanusi menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif kepada MBI Kedah sehingga mengetahui seluruh perjalanan operasi projek.

Ini termasuk kedudukan dua warga China yang dibawa masuk ke negara ini oleh MBI Kedah untuk melakukan kerja meneroka REE di Bukit Enggang, Sik seperti dipersoal Saifuddin.

Disiarkan pada: Ogos 1, 2023 @ 4:04pm

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED