Translate

19 June 2023

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILADHA 29 JUN

 UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILADHA 29 JUN

Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan melakukan melakukan cerapan menggunakan teleskop Celestron Nexstar 5SE bagi melihat anak bulan Zulhijjah.

18/06/2023 08:47 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman. 

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi. 

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi,” menurutnya  dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED