Translate

25 April 2023

Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun




Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Astro Awani
April 25, 2023 

Nazir dan Tony melawat Musa yang selesai menjalani pembedahan di otaknya selepas terjatuh ketika berkebun pada minggu lepas. - Foto IG Nazir Razak

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.

Maklumat itu dikongsikan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Tan Sri Nazir Razak di laman Instagramnya pada Selasa.

Menurut Nazir, disebabkan kecederaan itu, Musa menghabiskan hari lahirnya yang ke-89 di atas meja bedah.
 
“Secara keseluruhannya proses pemulihannya adalah sangat baik setakat ini.
“Sikapnya yang suka membuat kelakar juga sudah kembali!

"Mari kita sama-sama mendoakan agar beliau pulih sepenuhnya - kembali bermain golf dan semuanya,” tulisnya.

Turut hadir melawat Musa ialah Pengasas AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Edison viewed 'Empat termasuk seorang Datuk Seri ditahan kemuka t' 9 mins ago
A visitor from New york viewed 'Empat termasuk seorang Datuk Seri ditahan kemuka t' 9 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'Empat termasuk seorang Datuk Seri ditahan kemuka t' 9 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 17 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Jazeman buat penampilan sulung dalam siri perlumba' 19 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Rasional Logo Malaysia Madani | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saiful Apek mengaku dia individu ditahan polis di ' 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Subsidi telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya mula' 55 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'Subsidi telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya mula' 55 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Saiful Apek mengaku dia individu ditahan polis di ' 1 hr 1 min ago