Translate

28 April 2023

KKM galak pakai pelitup muka, tiada SOP baharu dikeluarkan - Dr Zaliha

 KKM galak pakai pelitup muka, tiada SOP baharu dikeluarkan - Dr Zaliha

Bernama

April 28, 2023 

KKM galak pakai pelitup muka, tiada SOP baharu dikeluarkan - Dr Zaliha
Dr Zaliha beramah mesra dengan kakitangan kesihatan pada sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan di Hospital Umum Sarawak, Kuching, 27 April 2023. --fotoBERNAMA

Dr Zaliha beramah mesra dengan kakitangan kesihatan pada sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan di Hospital Umum Sarawak, Kuching, 27 April 2023. --fotoBERNAMA

KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) masih menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala COVID-19, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata setakat ini tiada garis panduan baharu dikeluarkan walaupun terdapat kemunculan subvarian Omicron baharu.

"Kita (KKM) menggalakkan, bukan mewajibkan sebab berdasarkan statistik sekarang kes sebenarnya menurun (merujuk kes dalam Malaysia).



"Kita tidak perlu panik dengan kes yang ada walaupun berkait dengan subvarian Omicron, kes berada pada tahap 1 dan 2. Justeru, kita masih melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama, menggalakkan orang ramai dan anak-anak di sekolah pakai pelitup muka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi Townhall Kertas Putih Zon Negeri Sarawak di Hospital Umum Sarawak yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, di sini semalam.

Dr Zaliha berkata KKM akan terus memantau perkembangan kes baharu COVID-19 di Malaysia dari semasa ke semasa sebelum membuat sebarang keputusan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan XBB.1.16 sebagai varian baharu yang perlu diberikan perhatian.

Strain baharu itu mula dikesan pada Januari dan sejak itu telah ditemukan di lebih 30 negara.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED