Translate

30 April 2023

Isu pengampunan Najib: 'Jangan sibuk pasal parti lain' - Mohamad Hasan

 Isu pengampunan Najib: 'Jangan sibuk pasal parti lain' - Mohamad Hasan

ASTRO AWANI

April 30, 2023Isu pengampunan Najib: 'Jangan sibuk pasal parti lain' - Mohamad Hasan

Mohamad berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan, sebaliknya setiap parti seharusnya menjaga hal parti masing-masing selain menitik berat soal keharmonian yang sedang terbentuk ketika ini.

Isu pengampunan Najib: 'Jangan sibuk pasal parti lain' - Mohamad Hasan

Mohamad berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan, sebaliknya setiap parti seharusnya menjaga hal parti masing-masing selain menitik berat soal keharmonian yang sedang terbentuk ketika ini. - Fail/Astro AWANI

REMBAU: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berhubung isu pengampunan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan, sebaliknya setiap parti seharusnya menjaga hal parti masing-masing selain menitik berat soal keharmonian yang sedang terbentuk ketika ini.

"Dia (Khalid) dalam setiap satu parti tu memang ada loose cannon, so we don't take into consideration loose cannon punya statement. Itu satu statement yang tak sepatutnya keluar daripada beliau.



"Kalau kita nak menjaga keharmonian kita tak bercakap macam itu, jadi elok kita kurangkan buat statement yang begitu, yang boleh memberikan kesan negatif dan saya juga telah minta di peringkat BN kita perkasa parti kita.

"Kalau setiap parti perkasa parti masing-masing, kita kumpul kekuatan parti masing-masing, jangan heboh pasal orang, jangan sibuk pasal parti lain, jangan jaga tepi kain orang, kain sendiri pun banyak lumpur kita basuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Rembau di Rantau pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan Khalid melalui kenyataan dikeluarkan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan supaya menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.

UMNO Kelantan kemudian turut memberi kata dua kepada Khalid sama ada memohon maaf atau berdepan penarikan balik kerjasama antara parti di negeri itu.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman, dalam kenyataan menegaskan bahawa rayuan pengampunan yang dibuat terhadap Najib itu adalah keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sementara hari ini pula, ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai 'kawan makan kawan' dan sukar untuk bersahabat dengan Amanah.

Mohd Puad menegaskan bahawa Amanah hanya layak menjadi kawan dalam politik dan bukannya sahabat dalam perjuangan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED