Translate

30 April 2023

Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah

Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah

Bernama

April 30, 2023


Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto BERNAMA

Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang tiba pada pukul 11.35 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdahulu tiba di SICC pada pukul 11.15 pagi, serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datuk Seri Juliah Salag.



Juhar, Anwar dan Hajiji serta barisan kepimpinan kerajaan negeri seterusnya meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan rakyat yang hadir pada rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai sajian serta persembahan.

Sementara itu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Rumah Terbuka negeri Sabah ketika ditemui pemberita berkata 50 gerai telah disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Beliau berkata program rumah terbuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan kehadiran rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat terus membanjiri SICC sepanjang acara berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Perdana Menteri juga turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas kejayaan penganjuran Rumah Terbuka negeri Sabah.

"Tahun ini istimewanya sambutan dapat diadakan secara terbuka berbanding sebelum ini kerana pandemik," katanya.

Tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada artis tempatan Sabah, penyanyi serta pelakon Marsha Milan dan Datuk Ramli Sarip.

Pelbagai juadah antaranya rendang, kolupis (nasi bungkus dengan daun), laksa, mi kari, biskut raya, kek, serta minuman disediakan untuk para tetamu yang datang.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 3 hrs ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 4 hrs 16 mins ago