Translate

21 April 2023

Majlis rumah terbuka Istana Johor pada hari raya kedua




Majlis rumah terbuka Istana Johor pada hari raya kedua
Bernama
April 21, 2023 16:09 MYT

Poster bagi jemputan yang diadakan pada hari raya kedua itu dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim. -Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Istana Besar Johor, di sini Ahad ini.

Poster bagi jemputan yang diadakan pada hari raya kedua itu dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
 "Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor dan DYMM Permaisuri sekeluarga berkenan menerima kunjungan rakyat pada hari raya kedua.

"Rakyat boleh menghadiri majlis tersebut bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari," menurut hantaran itu.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran dalam Facebook rasmi beliau, turut menjemput seluruh rakyat di negeri itu memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023/1444H yang akan diadakan di kediaman rasminya di Saujana, di sini esok.
 Beliau berkata semua rakyat dijemput hadir bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam tadi telah mengumumkan bahawa umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Srengseng viewed 'Imigresen Selangor serbu premis hiburan, tahan 32 ' 40 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC DPP Ahmad Sazilee Abdul Khairy arrested by Po' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ruang pendidikan TVET terbuka luas untuk lepasan S' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 5 hrs 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pul' 5 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 5 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 5 hrs 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 7 hrs 22 mins ago