Translate

19 April 2023

Budak 7 tahun mangsa rogol, dera ditemui tepi jalan, polis tahan 3 suspek

 Budak 7 tahun mangsa rogol, dera ditemui tepi jalan, polis tahan 3 suspek

ASTRO AWANI

April 18, 2023 

Budak 7 tahun mangsa rogol, dera ditemui tepi jalan, polis tahan 3 suspek
Pemeriksaan terhadap badan mangsa menemui kesan kecederaan lama dan baharu. - Gambar hiasan

Budak 7 tahun mangsa rogol, dera ditemui tepi jalan, polis tahan 3 suspek

Pemeriksaan terhadap badan mangsa menemui kesan kecederaan lama dan baharu. - Gambar hiasan

MANJUNG: Polis menahan dua lelaki dan seorang perempuan yang disyaki terbabit kes rogol dan dera seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata, ketiga-tiga suspek diberkas pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Menurutnya, terdahulu, kira-kira jam 11.50 pagi semalam, seorang lelaki tempatan telah ke Balai Polis Manjung membawa mangsa yang dijumpai di tepi jalan, dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai.



“Pihak polis telah menghantar mangsa ke Hospital Manjung untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihak perubatan mendapati mangsa dipercayai telah dirogol dan didera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, pemeriksaan terhadap badan mangsa didapati terdapat kesan kecederaan lama dan baharu.

Katanya, ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED