Translate

30 April 2023

JAINJ, polis siasat batu nisan "hilang" di Pandan

JAINJ, polis siasat batu nisan "hilang" di Pandan

Bernama

April 30, 2023 JAINJ, polis siasat batu nisan "hilang" di Pandan

Penggali kubur Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, menunjukkan salah satu batu nisan daripada 11 kubur yang dicuri, ketika ditemui pengamal media di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan. - Foto BERNAMA

JAINJ, polis siasat batu nisan "hilang" di Pandan

Penggali kubur Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, menunjukkan salah satu batu nisan daripada 11 kubur yang dicuri, ketika ditemui pengamal media di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu batu nisan yang "hilang" di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, di sini baru-baru ini.

Pengarah JAINJ Jamaludin A Hamid berkata sehubungan itu, orang awam diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu yang turut tular di laman Facebook, sejak Jumaat lepas.

"JAINJ mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan mengenai isu kehilangan batu nisan di tanah perkuburan tersebut sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan waris dan masyarakat.



"Justeru, kita mencadangkan langkah wajar yang perlu ditambah baik dan diselenggara oleh pengurusan tanah perkuburan berkenaan bagi mencegah kegiatan kecurian ini daripada terus berlaku," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan sebanyak 11 batu nisan di tanah perkuburan berkenaan "hilang", dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan itu semalam, kebanyakan batu nisan yang dicuri ialah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.

Turut hilang batu nisan putih yang dipercayai berharga RM350 satu set di pasaran.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 8 mins ago
A visitor from Los angeles viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 19 mins ago
A visitor from Los angeles viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 19 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'KKM teliti permi' 34 mins ago
A visitor from Edison viewed 'KKM teliti permi' 34 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KKM teliti permi' 35 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'KKM teliti permi' 38 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 42 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'BEST FBKL' 47 mins ago