Translate

30 April 2023

Pemimpin Amanah berhak suarakan pandangan namun mereka tetap terikat dengan keputusan parti - Mohamad Sabu

 Pemimpin Amanah berhak suarakan pandangan - Mohamad Sabu

Bernama

April 30, 2023 Pemimpin Amanah berhak suarakan pandangan - Mohamad Sabu

Mohamad berkata dalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong. - Fail/BERNAMA

Pemimpin Amanah berhak suarakan pandangan - Mohamad Sabu

Mohamad berkata dalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong. - Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemimpin Amanah berhak menyuarakan pandangan, namun mereka tetap terikat dengan keputusan parti, dan ini adalah amalan biasa dalam mana-mana organisasi, kata presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata setiap individu bebas untuk menyuarakan pandangan mengikut hak yang diberikan dalam perlembagaan negara.

Katanya dalam konteks organisasi, pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti, melainkan ia adalah keputusan rasmi parti berkenaan yang diputuskan dalam mesyuarat parti, dan parti Amanah, PKR atau DAP yang bergabung di dalam Pakatan Harapan (PH) adalah tertakluk kepada keputusan PH yang perlu diutamakan jika bercanggah dengan keputusan parti.



"Begitu juga dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini, keputusan di peringkat gabungan Kerajaan Perpaduan mengatasi keputusan parti-parti atau pakatan politik masing-masing dan ia perlu diutamakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata dalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Sehubungan itu katanya semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan Seri Paduka Baginda.

Beliau berkata semua pihak yang menyuarakan pandangan dalam isu ini sayang kepada Kerajaan Perpaduan, dan Kerajaan Perpaduan perlu memberi fokus kepada khidmat kepada rakyat sebagaimana yang diamanahkan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 5 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 5 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 7 hrs ago