Translate

30 April 2023

Maklumat mengenai aktiviti penyelewengan barang kawalan boleh dilaporkan ke KPDN melalui whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000

 Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak

Bernama

April 29, 2023 




Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak

Syarikat itu mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan selepas dikesan melakukan kesalahan itu ketika Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) pada 5 Julai tahun lepas. - Gambar hiasan

IPOH: Sebuah syarikat pemborong minyak masak didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan setelah didapati bersalah apabila gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan, dan mengemukakan maklumat palsu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata syarikat itu mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan selepas dikesan melakukan kesalahan itu ketika Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) pada 5 Julai tahun lepas.

Beliau berkata dalam serbuan penguat kuasa KPDN Tapah di premis syarikat itu di Jalan Perdana 7, Pusat Perniagaan Slim Perdana dekat Slim River, syarikat itu didapati gagal menyelenggara buku stok barang kawalan dengan sempurna.



"Siasatan juga mendapati premis itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengemukakan maklumat palsu berhubung dokumen atau invois penjualan minyak masak yang diserahkan kepada penguatkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin seterusnya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyelewengan barang kawalan supaya melaporkan kegiatan ini melalui saluran KPDN iaitu melalui whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000, portal aduan e-aduan.kpdn.gov.my atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN termasuk menghantar emel ke e-aduan@kpdn.gov.my serta talian 1-800-886-800.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 3 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 25 mins ago
A visitor from New york viewed 'U.S. President Donald Trump told his Philippine co' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from California viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 2 hrs 44 mins ago