Translate

27 April 2023

Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK

Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK

Bernama

April 26, 2023Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK

AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit. - Gambar hiasan

Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK

AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkata maklumat peribadi seperti nama serta nombor kad pengenalan MyKad kira-kira 20 pelanggannya telah didedahkan oleh penjenayah siber di laman web atau sesawang gelap.

Dalam kenyataannya hari ini, AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.

"Kami bersedia dan menjangkakan perkara itu. Siasatan dengan pihak ketiga iaitu pakar keselamatan siber juga masih diteruskan.



"Adalah penting untuk menyatakan bahawa kesemua maklumat yang dicuri oleh penjenayah siber itu diperoleh menerusi aktiviti haram dan sehubungan itu semua (perbuatan) mengambil, menggunakan dan penyebarannya adalah satu kesalahan jenayah," katanya.

AKPK juga menegaskan bahawa ia sedang bekerjasama erat dengan pihak berkuasa undang-undang dan pihak berwajib lain, termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital serta CyberSecurity Malaysia dalam siasatan menyeluruh yang sedang dijalankan.

"Kita juga sedang berusaha untuk mengenal pasti maklumat yang telah diakses secara haram dan akan memaklumkan pelanggan yang terjejas," katanya.

Pada masa sama, AKPK akan terus mengurangkan impak pencerobohan dan meneruskan jangkauan secara terus dan berkomunikasi dengan semua pelanggan.

"Kakitangan AKPK akan membantu pelanggan dengan memberi nasihat untuk menangani perkara berkaitan dengan pencerobohan itu. Kita juga secara berperingkat dalam proses menghidupkan semula sistem dan memaklumkan sebarang kemas kini rasmi sewajarnya," katanya.

Pada 30 Mac lepas, AKPK telah bertindak menyahaktifkan beberapa sistem operasinya buat sementara waktu bagi mengelak sebarang risiko seterusnya selepas sistem teknologi maklumatnya diceroboh.

Pelanggan AKPK boleh menghubungi pusat panggilan khusus di nombor 03-26167766 atau https://www.akpk.org.my/branches untuk maklumat mengenai cawangan AKPK yang terdekat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 9 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 4 hrs 14 mins ago