Translate

28 April 2023

Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini

 

FAHMI KONGSI KHABAR DUKA PEMERGIAN PENYANYI MAEL XPDC

Bernama

27/04/2023 11:56 PM

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkongsi khabar duka pemergian penyanyi kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim, atau Mael, yang meninggal dunia malam ini.

Fahmi berkata sebagai antara jutaan peminat penyanyi kumpulan rock itu, beliau mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Innalillah. Menerima khabar duka. Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggal dunia sebentar tadi.

“Saya antara jutaan peminat beliau dan orang sekeliling saya tahu ‘Semangat yang Hilang’ merupakan lagu kegemaran saya. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Berita kematian Mael, 55, turut dikongsi oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Bro Yazid di laman Facebook beliau.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, al-Fatihah, penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi," katanya.

XPDC merupakan kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an dan sering mengadakan konsert di tapak pesta di seluruh negara sehingga diberi jolokan sebagai 'Raja Funfair.'

-- BERNAMA



Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini

Astro Awani

April 28, 2023


Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini
Jenazah Mael XPDC akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, Johor sekitar pukul 10 pagi ini.

Jenazah Mael XPDC akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, Johor sekitar pukul 10 pagi ini.

KUALA LUMPUR: Jenazah Mael XPDC akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, Johor sekitar pukul 10 pagi ini.

Menurut pengurus kumpulan XPDC, Mohd Yazid Selamat, buat masa ini jenazah Mael berada di kediaman anak Allahyarham di Jalan Sungai Abong, Muar.

“Insya-Allah dijangkakan jenazah Allahyarham Mael akan dikebumikan sekitar pukul 10 hingga 10.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar,” kata Mohd Yazid kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.



Sejak berita pemergian Mael dilaporkan malam tadi, Mohd Yazid berkata, ramai kenalan Allahyarham termasuk rakan artis hadir memberikan penghormatan terakhir kepada penyanyi yang sangat sinonim dengan muzik heavy metal itu.

Allahyarham Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Berita pemergian disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha.

"Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhir di pada hari Khamis. 27 April lebih kurang jam 9.30 malam di Hospital Muar," katanya menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Sharifah Irfatasha tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai punca kematian bapanya itu.

Pemergian Allahyarhanm Mael mengejutkan seluruh industri hiburan serta pemimpin negara yang turut mengutus salam takziah buat keluarga penyanyi tersohor itu.

Antara yang mengucapkan takziah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata,

sebagai antara nama besar dalam lapangan seni tanah air, khabar duka itu pasti akan meninggalkan dampak dalam industri muzik rock tempatan.

"Saya turut berduka dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," ciap beliau dalam Twitternya pada Khamis.

Turut berkongsi rasa duka dengan pemergian Mael ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Fahmi dalam perkongsian di Facebooknya memberitahu, beliau adalah antara jutaan peminat Allahyarham.

"Innalillah. Menerima khabar duka. Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggal dunia sebentar tadi.

"Saya antara jutaan peminat beliau dan orang sekeliling saya tahu Semangat yang Hilang merupakan lagu kegemaran saya.

"Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah," ujar Fahmi.

Wartawan Astro AWANI akan melaporkan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Mael dari semasa ke semasa.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED