Translate

21 April 2023

Ada peniaga di pasar Larkin Sentral jual daging melebihi harga maksimum - Salahuddin

 Ada peniaga di pasar Larkin Sentral jual daging melebihi harga maksimum - Salahuddin

Bernama

April 21, 2023 


Ada peniaga di pasar Larkin Sentral jual daging melebihi harga maksimum - Salahuddin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosa Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika membuat tinjauan harga barang sempena Aidilfitri di Pasar Awam Larkin hari ini. - Foto BERNAMA

Ada peniaga di pasar Larkin Sentral jual daging melebihi harga maksimum - Salahuddin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosa Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika membuat tinjauan harga barang sempena Aidilfitri di Pasar Awam Larkin hari ini. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Beberapa peniaga termasuk penjual daging di Pasar Awam Larkin Sentral, di sini, didapati menjual daging kerbau import, kambing import dan beberapa barangan lain melebihi harga yang ditetapkan di bawah skim harga maksimum sempena perayaan Aidilfitri.

Perkara itu didedahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang membuat pemeriksaan mengejut di pasar berkenaan, hari ini.

"Saya sengaja datang dan tinjau di pasar ini kerana dapat banyak maklumat mengenai harga (barangan) (di sini) yang kadangkala sangat tidak berpatutan.



"Betul, ramai warga asing (Singapura) yang membeli di sini, kerana berdekatan dengan kawasan sempadan kita, jadi saya pergi meninjau, melihat sendiri, memang ada gerai-gerai yang menjual daging kerbau import yang tidak mengikut harga yang ditetapkan di bawah skim harga maksimum," kata beliau kepada pemberita selepas pemeriksaan di pasar itu.

Beliau berkata contohnya harga kerbau import sepatutnya dijual dengan harga RM20 sekilogram tetapi ada peniaga yang menjual hingga RM24 sekilogram.

Selain itu, Salahuddin berkata ada juga segelintir peniaga yang masih gagal meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual, yang juga merupakan satu kesalahan.

"Jadi ini sangat saya kesalkan dan saya harap pegawai akan dapat bertindak cepat pada hari ini, supaya rakyat dapat berbelanja dengan harga yang telah kita tetapkan," kata Salahuddin.

Ahli Parlimen Pulai itu juga telah mengarahkan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya bertindak cepat bagi memastikan peniaga terbabit tidak mengulangi kesalahan.

"Jadi kalau (peniaga mengulangi kesalahan yang sama) secara berulang-ulang, pegawai KPDN tidak akan berkompromi dan akan ambil tindakan tegas ke atas peniaga sebab kita (kerajaan) telah ingatkan banyak kali.

"Memang Pasar Awam Larkin Sentral ini KPDN akan ambil perhatian serius kerana ia kawasan tumpuan warga asing yang berbelanja di sini dan ini akan menjadi satu masalah kepada penduduk tempatan yang juga berbelanja di sini. Jadi saya rasa kita harus tegas," katanya.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 7 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Brazilian tourist raped by taxi driver in Thailand' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tindakan tegas, s' 42 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Red Shirts leader Datuk Seri Jamal Yunos has been ' 43 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'April 2017' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Just 15 days left for credit and debit cardholders' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Dian Sastrowardoyo tampil membuat penjelasan.selep' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 4 hrs 18 mins ago