Translate

27 April 2023

PLUS AKTIFKAN LALUAN 'SMARTLANE' UNTUK BANTU LANCARKAN ALIRAN TRAFIK SELEPAS CUTI RAYA

 PLUS AKTIFKAN LALUAN 'SMARTLANE' UNTUK BANTU LANCARKAN ALIRAN

TRAFIK SELEPAS CUTI RAYA



27/04/2023 12:41 PM

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan ‘SmartLane’, iaitu pembukaan sementara lorong kecemasan di laluan-laluan tertentu yang kritikal di lebuh raya bagi melancarkan aliran trafik berikutan berakhirnya cuti persekolahan dan cuti Hari Pekerja antara 29 April dan 1 Mei.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata SmartLane telah diaktifkan di dua laluan di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara iaitu antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban antara KM260.0 hingga KM263.1 (Arah Utara) dan Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai antara KM19.0 hingga KM27.0 (Arah Utara) sepanjang cuti perayaan ini.

Beliau berkata pelaksanaan SmartLane di dua laluan di wilayah selatan tersebut telah menerima maklum balas yang positif dan disambut baik oleh pengguna lebuhraya kerana inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kesesakan.

“Ketika laluan ‘SmartLane’ ini diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka.

“Bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan/laluan kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan ‘SmartLane’ diaktifkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Zakaria berkata PLUS juga telah mengenal pasti lokasi lain bagi pengaktifan laluan SmartLane ini iaitu laluan Gua Tempurung - Gopeng antara KM306.7 hingga KM297.0 (Arah Utara), Slim River - Sungkai antara KM367.3 hingga KM354.1 (Arah Utara) dan Rawang - Sungai Buaya antara KM439.9 – KM435.5 (Arah Utara).

Bagaimanapun, pengaktifan laluan SmartLane  di lokasi-lokasi tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak berkuasa pada waktu dan tempoh tertentu sebelum ia dilaksanakan.

“Pengguna lebuh raya boleh mengenal pasti laluan ‘SmartLane’ melalui papan tanda laluan ‘SmartLane’ serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit atau merujuk laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik,” katanya.

 SmartLane dilaksanakan PLUS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 9 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 4 hrs 14 mins ago