Translate

28 April 2023

Boustead Holdings Bhd (BHB) mengumumkan perbezaan lebih 10 peratus antara keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022

BOUSTEAD HOLDINGS CATAT BEZA 41 PERATUS UNTUNG BERSIH TAHUN

KEWANGAN 2022

28/04/2023




KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Boustead Holdings Bhd (BHB) mengumumkan perbezaan lebih 10 peratus antara keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 yang dinyatakan dalam keputusan suku keempat belum diaudit diumumkan pada 28 Feb 2023, dan keuntungan bersih tahun kewangan 2022 dalam penyata kewangan diaudit bagi tahun itu.

Menurut kumpulan, keuntungan bersih tahun kewangan 2022 yang boleh diagihkan kepada pemegang saham berjumlah RM36.5 juta, berkurangan 41 peratus berbanding RM62.0 juta yang diumumkan sebelum itu dalam laporan suku tahunan belum diaudit.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BHB berkata perbezaan itu adalah disebabkan penyusutan bahagian keputusan entiti sekutunya sebanyak RM25.5 juta kepada RM256.4 juta.

“Perubahan tersebut dijejaskan oleh peruntukan tambahan dalam kerugian kredit dijangkakan (ECL) oleh entiti sekutu kami, Affin Bank Bhd (ABB),” menurut kumpulan itu.

Susulan pengumuman keputusan suku keempat tahun kewangan 2022, ABB membuat peruntukan tambahan ECL berjumlah RM173.0 juta, katanya.

Sehubungan itu, keuntungan bersih teraudit  ABB kini berjumlah RM1.179 bilion, seperti dinyatakan dalam penyata kewangan terauditnya yang diumumkan pada 26 April 2023, katanya.

“Peruntukan tambahan ECL itu dilaksanakan sejajar dengan MFRS 110 - selepas musim pelaporan serta rundingan dengan Bank Negara Malaysia dan juruaudit luarannya.

“Bagi mengelakkan keraguan, peruntukan tambahan ini tidak diambil kira dalam keputusan suku keempat 2022 ABB yang belum diaudit, justeru itu, tidak dimasukkan dalam keputusan suku keempat kami yang diumumkan pada 28 Feb 2023,” kata BHB.

Berikutan peruntukan tambahan itu, BHB berkata pihaknya perlu mengambil kira 20.93 peratus bahagian impak selepas cukai dalam akaun teraudit bagi tahun kewangan 2022 berjumlah sehingga RM25.5 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'Melampau Hulu Langat, Saya Bukan Sangka Buruk Deng' 48 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 17 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 34 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketika AS Kenakan Tarif, Tambun Sibuk Jalan Sana S' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 42 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed 'Polis, KPDN serbu tiga premis,' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed '"Boleh Tidak Dibuat Rayuan! Sebenarnya Saya Masukk' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Melampau Hulu Langat, Saya Bukan Sangka Buruk Deng' 44 mins ago