Translate

01 April 2023

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1444 H / 2023 M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja





Tangkap layar mengenai paparan tarikh 30 Ramadan 1444 dirakam dari notis hebahan elektrik di Masjid Wilayah Persekutuan.




Pengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Aidil Fitri 2023 – JAKIM
1 April 2023


Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1444 H / 2023 M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal.

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Berikut dikongsikan tarikh cerapan hilal dan pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 serta isu yang tular berkenaan tarikh pengumuman hari raya 2023.


KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN ISU TULAR TANGKAP LAYAR “PEMBERITAHUAN AKHIR RAMADAN 1444H 20 APRIL 2023”

Bil. 4/2023

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid. Paparan tersebut telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

2. JAKIM ingin memaklumkan, bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi negara Malaysia adalah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi setelah mendapat perkenan SPB Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


3. Cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023. Semua pihak disaran membuat semakan ketepatan tarikh hijri yang terdapat pada jam digital azan khususnya di masjid dan surau agar sentiasa selari dengan kalendar hijri yang dikeluarkan oleh JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan oleh Panel Pakar Falak.


4. Semua pihak adalah dimohon untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara ini dan tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Sekian terima kasih.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA


31 Mac 2023


Tarikh Cerapan Hilal Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2023


Cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.

Tarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2023


Berikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.
TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202322 APRILSABTUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202323 APRILAHADHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI
Tarikh Hari Raya Puasa 2023

Sumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED