Translate

14 April 2023

Jana Wibawa: Kes rasuah Adam Radlan RM4.1 juta pindah ke KL

 Jana Wibawa: Kes rasuah Adam Radlan RM4.1 juta pindah ke KL

Bernama

April 14, 2023 

Jana Wibawa: Kes rasuah Adam Radlan RM4.1 juta pindah ke KL
Pada 22 Feb lepas, Adam Radlan didakwa di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek Jana Wibawa. - Gambar fail

SHAH ALAM: Kes ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad yang menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah masing-masing berjumlah RM2 juta dan RM2.1 juta berhubung Jana Wibawa di sini akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Rozilah Salleh membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas alasan kesalahan jenayah tersebut dilakukan dalam satu transaksi yang sama iaitu melibatkan kesalahan, syarikat dan saksi-saksi serupa.

Rozilah menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussain.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide manakala peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan itu.

Pada 22 Feb lepas, Adam Radlan didakwa di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek Jana Wibawa.

Sementara itu di Kuala Lumpur, lelaki itu didakwa di dua Mahkamah Sesyen pada 21 dan 28 Feb lepas atas dua pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan meminta suapan berjumlah RM2 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED