Translate

01 April 2023

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia hari ini.

 BEKAS ADUN BUKIT KAYU HITAM MENINGGAL DUNIA




Kredit : Fb Ahmad Zaini Japar

01/04/2023 

ALOR SETAR, 1 April (Bernama) -- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya Ahmad Qusyairi menerusi hantaran di Facebook yang menyatakan bapanya yang berusia 67 tahun meninggal dunia pada pukul 5.42 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca Allahyarham meninggal dunia.

“Abah pergi di bulan Ramadan yang penuh mulia. Dimaklumkan bahawa ayah saya Datuk Ahmad Zaini Japar telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.42 pagi di PPUM Kuala Lumpur.

“Solat jenazah dan penghormatan terakhir untuk Allahyarham akan diadakan di rumah Allahyarham di No.176, Jalan Indah 3, Suasana Indah, Jitra, Kedah selepas selesai urusan di hospital," katanya.

Ahmad Qusyairi berkata jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Changlun, Changlun.

Allahyarham Ahmad Zaini yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dalam Pilihan

Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi itu semasa PRU13 pada 2013.

Bagaimanapun pada PRU14, Allahyarham gagal mempertahankan kerusi itu apabila tewas kepada calon PKR dan difahamkan tidak melibatkan diri dalam PRU15 disebabkan masalah kesihatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED