Permaisuri sumbang motosikal buat wanita penghantar makanan
Tengku Permaisuri Selangor sumbang motorsikal kepada penghantar makanan wanita
BERNAMA
06/11/2020
SHAH ALAM, 6 Nov -- Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan menyumbangkan sebuah motosikal baharu kepada seorang penghantar makanan wanita, selepas kenderaannya itu dicuri di Batu Caves, baru-baru ini.
Istana Selangor dalam satu hantaran di laman Facebook ‘Selangor Royal Office’ hari ini menyatakan, sumbangan peribadi itu disampaikan juruiring polis (ADC) Tengku Permaisuri Norashikin Inspektor Noor Hidayu Aziz, kepada penghantar makanan berkenaan Nur Athirah Latiff.
Menerusi hantaran berserta gambar di laman sosial tersebut, Istana Selangor menyatakan Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan terharu, dengan musibah yang menimpa Nur Athirah.
“Tengku Permaisuri Norashikin berharap menerusi sumbangan berkenaan, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna, seterusnya membantu keluarga,” menurut hantaran Istana Selangor, hari ini.
Pada masa sama, Istana Selangor menyatakan baginda juga bertitah, dalam keadaan semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, masyarakat diharap supaya bersifat lebih berperikemanusiaan dan bertimbang rasa, antara satu sama lain.
Tengku Permaisuri Norashikin turut mendoakan, semua rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T.
Kisah Nur Athirah yang kehilangan motosikalnya ketika melakukan kerja menghantar makanan tular di media sosial sejak Rabu lepas dan mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita tersebut.
Nur Athirah yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves dan menjadi penghantar makanan sepenuh masa, untuk menyara keluarganya.