Translate

08 November 2020

Sidang DUN Melaka Esok Ditangguhkan - Timbalan Speaker

                 

Sidang DUN Melaka esok ditangguhkan - Timbalan Speaker

BERNAMA
8 NOVEMBER 2020



MELAKA, 8 Nov -- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula esok, ditangguhkan ke suatu masa yang belum ditetapkan, kata Timbalan Speaker DUN Melaka Datuk Ghazale Muhamad.

“Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri berkenaan, telah menerima notis penangguhan pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab persidangan DUN itu terpaksa ditangguhkan.

Kerajaan semalam mengeluarkan arahan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung termasuk Melaka selama empat minggu bermula esok, kecuali bagi Perlis, Pahang dan Kelantan berikutan kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat.

Sebanyak 322 kes positif COVID-19 direkodkan di Melaka sehingga semalam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED