2 individu pertama didakwa sabotaj khidmat air negara
Sabotaj air: Dua lelaki jadi individu pertama didakwa mengikut SOSMA
BERNAMA
23/11/2020
KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah syarikat menjadi individu pertama dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan sabotaj kepada perkhidmatan air di negeri Selangor melibatkan kesalahan terhadap keselamatan negara mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
R.Nathan, 42, seorang kontraktor dan Lim Kian Aik, 42, pengarah syarikat, masing -masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mereka didakwa bagi mencapai niat bersama telah melakukan sabotaj dengan niat untuk mendatangkan mudarat kepada perkhidmatan air di negeri Selangor di premis No 32, Jalan Velox 2, Taman Velox , Rawang , Gombak di sini antara 2 dan 10 Nov lepas.
Pendakwaan mengikut Seksyen 124K Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 124K kanun serupa yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana Seksyen 124K Kanun Keseksaan disenaraikan di bawah Bab 6 Kanun Keseksaan yang menggunakan prosedur SOSMA seperti mana diperuntukkan di bawah jadual pertama Akta 747 (SOSMA).
Beliau berkata kes ini membabitkan kesalahan terhadap keselamatan negara dan perlu mengguna pakai prosedur SOSMA, iaitu kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
“Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan untuk mendapatkan izin bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,” katanya.
Peguam Erni Ahmad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Nathan berkata tindakan pendakwaan yang tidak menawarkan jaminan terhadap anak guamnya adalah ultra vires (melampaui kuasa) Perkara 5 dan 21 Perlembagaan Persekutuan.
“Anak guam saya bekerja sebagai kontraktor jalan dengan pendapatan sebulan RM2,500 malah anak guam saya penanggung tunggal keluarga serta menghidap penyakit kencing manis,” katanya.
Peguam Harcharanjit Singh yang mewakili Lim memohon jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai empat anak berusia 11 hingga 17 tahun.
“Dalam kes ini, anak guam saya telah memberikan kerjasama baik dengan pihak berkuasa. Anak guam saya merupakan seorang pengarah syarikat yang masih beroperasi. Dia juga penanggung tunggal keluarga,” katanya.
Terdahulu, dua lelaki itu tiba di mahkamah pada 9.45 pagi diiringi pasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD ) Gombak.
Mereka juga menghadapi lima pertuduhan lain. Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama telah melepaskan bahan berbahaya ke dalam tempat rawatan kumbahan awam milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Jalan Velox Utama , Taman Velox, Rawang, Selangor di mana tindakan tersebut telah mengurangkan fungsi tempat rawatan kumbahan tersebut di tempat dan tarikh sama.
Pertuduhan ketiga pula, mereka didakwa dengan niat bersama telah menjalankan aktiviti kemudahan penstoran (luar tapak) yang merupakan aktiviti yang disenaraikan di perenggan 14(a) (iii) dalam Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 tanpa kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling di tempat pada 10.45 malam, 10 Nov lepas.
Bagi pertuduhan keempat, mereka dituduh dengan niat bersama telah menggunakan premis tersebut sebagai premis yang ditetapkan untuk menempatkan buangan terjadual seperti dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual ) 2005 iaitu pelarut organik bukan terhalogen yang dikategorikan sebagai SW322 tanpa mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling di tempat, masa dan tarikh sama.
Mengikut pertuduhan kelima dan keenam, Nathan dan Lim didakwa dengan niat bersama telah menggunakan premis tersebut untuk penempatan bahan buangan dan menempatkan 40 IBC terjadual seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 iaitu pelarut organik bukan terhalogen yang dikategorikan sebagai SW322 tanpa lesen daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling di premis sama pada 10.45 malam, 10 Nov lepas.
Kelima-lima pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukkan hukuman penjara setahun hingga lima tahun atau denda hingga RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Muhammad Iskandar tidak menawarkan jaminan bagi pertuduhan kedua hingga keenam kerana tertakluk kepada pertuduhan pertama mengikut Seksyen 124K Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin berjumlah RM50,000 bagi pertuduhan kelima dan keenam dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah, dilarang mengganggu saksi pendakwaan selain melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan dan 8 Jan 2021 ditetapkan untuk sebutan kes.
Bagaimanapun bagi pertuduhan lain, mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin. Oleh itu mereka kekal ditahan reman.
Sementara itu, di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan, Nathan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjalankan aktiviti perniagaan di premis sama tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melesen di tempat sama pada 10.45 malam, 10 Nov lepas.
Pertuduhan mengikut Undang-undang Kecil 3 Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Selayang) 2007 dan boleh dihukum di bawah Undang-Undang Kecil 47 undang-undang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana tertuduh hari ini telah dituduh di Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan manakala peguam Erni yang mewakili Nathan memohon jaminan dibenarkan kerana dia penanggung tunggal keluarga.
Nik Mohd Fadli membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan dan menetapkan tarikh sama (8 Jan 2021) untuk sebutan semula kes.