Translate

18 November 2020

Sabah sokong isytihar darurat di Parlimen Batu - Hajiji

Datuk Hajiji Noor
                 

Sabah sokong isytihar darurat di Parlimen Batu - Hajiji

BERNAMA
18/11/2020 


KOTA KINABALU, 18 Nov -- Kerajaan Negeri Sabah menyokong sepenuhnya keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi yang sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata ia merupakan keputusan yang bijak memandangkan pandemik COVID-19 terus mengancam kesihatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah.

"Keperluan menghentikan penyebaran virus itu dan melindungi kesihatan rakyat adalah amat penting," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Al-Sultan Abdullah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah bekerjasama tanpa henti dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengatasi pandemik tersebut di negeri itu.

Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yakin pengundi di Batu Sapi berasa lega dengan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong di kawasan parlimen itu.

"Memandangkan semakin seriusnya pandemik COVID-19, termasuk di Sandakan, saya percaya masyarakat umumnya menerima pengisytiharan darurat di Batu Sapi, yang kesannya ialah penyebaran COVID-19 dapat diminimumkan atau dielakkan sepenuhnya.

"Oleh itu, saya percaya rakyat berasa lega kerana pilihan raya kecil Batu Sapi ditunda sehingga risiko jangkitan dan berakhirnya penularan COVID-19," katanya ketika dihubungi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED