Translate

24 November 2020

Premis perniagaan di Sabah yang ingin beroperasi sehingga 12 AM boleh memohon kebenaran beroperasi

Datuk Seri Masidi Manjun
                

Premis makanan, minuman di Sabah kekal beroperasi hingga 10 malam tetapi...

Astro Awani
24 November 2020

KOTA KINABALU: Premis perniagaan menjual makanan dan minuman seperti restoran di Sabah dibenar beroperasi sehingga pukul 10 malam sahaja dan bukannya 12 tengah malam.

Bagaimanapun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, mana-mana premis perniagaan yang ingin beroperasi sehingga 12 tengah malam boleh memohon kebenaran sebelum dinilai oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19.

"Buat masa ini bagi negeri Sabah, premis perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam di kawasan PKPB.

"Walaubagaimanapun pemilik-pemilik premis perniagaan boleh memohon kebenaran beroperasi sehingga jam 12 tengah malam dan kita akan nilai permohonan tersebut," katanya menerusi sidang media maya di Kota Kinabalu pada Isnin.

Terdahulu dalam sidang media harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan waktu operasi premis perniagaan di kawasan PKPB dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam.

Sehingga Isnin jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 289 kes dan jumlah kumulatif ialah sebanyak 23,482 kes.

"Dua kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan dan Hospital Likas, Kota Kinabalu.

"Daripada 289 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 135 kes adalah dari Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat," katanya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KELUANG MAN - OFFICIAL TRAILER | DI PAWAGAM MULAI ' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 26 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | BEST F' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ramli Ngah Talib, 84 appointed as the ninth Yang D' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib, 84 appointed as the ninth Yang D' 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fadillah kongsi detik cemas ketika gempa bumi land' 1 hr ago
A visitor from Oslo viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saya nyanyi tanpa bayaran untuk hargai warga KKM -' 1 hr 19 mins ago