Translate

24 November 2020

Polis Menangkap Dua Lelaki Yang Samun Sebuah Farmasi Di Setapak - dimana seorang Pelanggan Wanita Telah Ditampar (1 Video)


Two detained over pharmacy snatch theft 


Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun sebuah farmasi di Jalan Gombak Setapak di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, dua lelaki berusia 31 dan 40 tahun ditahan pada jam 2 pagi di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini hari ini.

"Kita merampas pakaian yang digunakan semasa kejadian samun di farmasi itu.

"Barangan kemas yang disamun telah dijual kepada pihak ketiga, kita sedang mengesan suspek berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rajab berkata, semakan rekod jenayah mendapati salah seorang suspek mempunyai 21 rekod jenayah dan dadah.

"Rakan suspek pula mempunyai lima rekod jenayah dan juga dikehendaki bagi kes dadah," katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat awal, suspek telah mengaku terlibat beberapa kes samun dan curi dalam kenderaan di beberapa lokasi di Setapak dan Sentul.

"Kedua-dua suspek akan direman untuk siasatan lanjut. Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dimajukan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk arahan lanjut," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.47 malam itu, dua suspek melarikan dua utas rantai emas yang dipakai seorang wanita di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak di sini.

Mangsa sedang membuat pembayaran di kaunter farmasi terbabit sebelum seorang lelaki datang dari arah belakang menarik rantai emas dipakai wanita itu.


Source: Sinar Harian




FOR MORE NEWS GO TO:
Video Viral: Peragut Berani Mati Pukul Mangsa Dan Rempuh 6 Biji Kereta Di KLTS GOMBAK

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED