Translate

19 November 2020

Polis Ampang Jaya Lupus Dadah Bernilai RM10.2 juta

                        

Polis Ampang Jaya lupus dadah bernilai RM10.2 juta

BERNAMA
18/11/2020 



KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Polis Daerah Ampang Jaya melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.2 juta di Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pelupusan itu melibatkan eksibit dadah dari 2015 hingga 2019 yang telah selesai dan pesalah dijatuhkan hukuman.

Beliau berkata dadah yang dilupus itu adalah heroin seberat 1,575.49 gram, ganja (265,308.7 gram), syabu (22,523.84 gram), ketamin (5,101.3 gram) dan Erimin 5 (113,686.8 gram).

"Terdapat juga cecair ketum seberat 893.3 liter dan lima mesin memproses dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, seramai 228 orang telah diambil tindakan di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A (2), Seksyen 39A (1) dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 599 orang lagi diambil tindakan di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 9 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED