Translate

03 November 2020

PKPB Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan (1 Video)

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 
                 



Seremban district to be placed under CMCO from Nov 5

PKPB di daerah Seremban, Negeri Sembilan
BERNAMA
03/11/2020


KUALA LUMPUR, 3 Nov -- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di daerah Seremban, Negeri Sembilan bermula Rabu ini hingga 18 Nov.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPB itu meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKPB masih sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di penjara dan kuarters perumahan penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula Khamis hingga 18 Nov.

Beliau berkata pelaksanaan PKPD di lokaliti itu adalah berikutan masih terdapat kes positif COVID-19 baharu sehingga 1 Nov.

-- BERNAMA






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED