Translate

03 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1054, Total Cases- 34,393 | Active Cases- 10,135| New Death- 12 Total Deaths- 263

 






Kenyataan Akhbar KPK 3 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19  sebanyak 875 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 23,995  kes (69.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (549 kes);
  • Selangor (149 kes);
  • Pulau Pinang (110 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (20 kes);
  • Johor (13 kes);
  • Kedah (10 kes);
  • Perak (9 kes);
  • Negeri Sembilan (7 kes);
  • Melaka (3 kes);
  • Sarawak (2 kes);
  • Kelantan (2 kes); dan
  • Terengganu (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 3 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,054 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 34,393 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,135 kes.

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  jumlah sebanyak 678 kes (64.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian. Sebanyak 310 kes (29.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Daripada jumlah itu, Kluster Rumah Merah menyumbang sebanyak 229 kes (73.9 peratus).

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 150 kes (14.2 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Manakala, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan 81 (7.7 peratus) kes positif pada hari ini. Kelima-lima negeri ini telah menyumbang sebanyak 909 kes (86.2 peratus) secara keseluruhan. Ini adalah berikutan lebih banyak saringan yang dijalankan di negeri-negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ingin dimaklumkan daripada 1,054 kes baharu pada hari ini, terdapat 14 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan 11 bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Korea Selatan (4 kes);
  • Jepun (2 kes);
  • Filipina (2 kes);
  • Uzbekistan (1 kes);
  • China (1 kes);
  • Hong Kong (1 kes);
  • Nepal (1 kes);
  • United Kingdom (1 kes); dan
  • Republik Maldives (1 kes).

Daripada 1,040 kes penularan di dalam negara, tujuh (7) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 478 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 678 kes
    • 290 kes daripada kluster- kluster sedia ada;
    • 221 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 166 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 124 kes
    • 61 kes daripada kluster- kluster sedia ada;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 81 kes
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);  dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 71 kes
    • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cergas;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Permatang.
  • Sarawak : 21 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 12 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Permatang;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 10 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak : Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 12 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 263 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
25229756SabahLelaki (WN)64Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung
25330556SabahPerempuan (WN)58Hospital KudatPenyakit kencing manis dan asma
25431417SabahPerempuan (WN)44Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi
25531418SabahLelaki (BWN)14Hospital Queen ElizabethTibi meningitis dan hidrosefalus
25633007SabahPerempuan (BWN)61Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis dan darah tinggi
25733008SabahLelaki (BWN)25Hospital Duchess of Kent
25834014SabahLelaki (WN)82Hospital Tawau
25934015SabahLelaki (WN)80Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi, strok dan penyakit jantung
26034016SabahPerempuan (WN)80Hospital Queen Elizabeth
26134017SabahPerempuan (BWN)70Hospital Queen Elizabeth
26220237SabahPerempuan (WN)47Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan psoriasis
26323399SabahLelaki (WN)56Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BATU DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa Kluster Batu telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan negeri Perak.

Sehingga 3 November 2020, seramai 1,174 orang telah disaring. Daripada jumlah ini, tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dan baki 1,167 orang adalah negatif. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 0.60%. Tiada kes kematian dilaporkan dalam kluster ini.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER CERGAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30751) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19. Kes-kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Rembau, Hospital Tampin dan Hospital Tuanku Ja’afar.

Sehingga 3 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);
  • 126 individu dikesan negatif; dan
  • Enam (6) individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER PERMATANG

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kulim di negeri Kedah serta daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-34174) adalah kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) di sebuah pusat perubatan swasta dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 31 Oktober 2020. Kes indeks kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),  Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 3 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 74 individu dikesan negatif; dan
  • 15 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH67816,873
SELANGOR125 (1)5,179
W.P. KUALA LUMPUR22 (12)3,092
KEDAH122,140
NEGERI SEMBILAN711,702
PULAU PINANG351,073
JOHOR1917
SARAWAK21927
PERAK3 (1)522
W.P. LABUAN81673
PAHANG0395
MELAKA1313
TERENGGANU1210
KELANTAN0182
W.P. PUTRAJAYA3157
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN1,054 (14)34,393

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(3 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Rumah MerahSabahKota Kinabalu2294041,431404 (0)00
2Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang  441,7603,8961,119 (0)6410
3KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat344671,196372 (0)950
4SagukingWP LabuanLabuan332953,523196 (0)981
5HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Gombak, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban262582,190199 (0)590
6BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama16781,59364 (2)140
7Penjara RemanPulau PinangTimur Laut144974,27964 (0)4321
8TitianWP LabuanLabuan142753027 (0)00
9GedongNegeri Sembilan, Selangor, Johor, WP PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Petaling, Johor Bahru, Putrajaya142610326 (0)00
10Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat117246122 (0)500
11GreenhillSarawakKuching, Miri, Bintulu106269254 (0)80
12Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol93933330 (0)90
13Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan82874,640108 (1)1790
14LimbunganWP LabuanLabuan74838341 (0)70
15BasungSabahKudat67368351 (0)220
16Taman LautSelangorPetaling52312322 (0)10
17TitirSabahKeningau41271,885103 (0)240
18Bina LabuanWP LabuanLabuan32717114 (0)121
19UsahaSelangor, WP Kuala LumpurKlang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa3233223 (0)00
20KolongSabahKeningau3213217 (0)140
21Wisma SaberkasSarawakKuching31153111 (0)00
22TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama21,7458,916313 (5)1,4293
23UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras22481,19847 (0)2010
24AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya21201,17327 (1)930
25PTS TawauSabahTawau21061,671103 (0)21
26AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu, Kulim24380317 (0)260
27JernihNegeri SembilanSeremban21711715 (0)20
28Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur, Pahang, PerakHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras, Temerloh, Muallim11431,13633 (0)1100
29InaiSabahKudat16312020 (0)430
30TenagaWP LabuanLabuan15812658 (0)00
31BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan1561,05113 (1)430
32KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Tangkak1541,77151 (0)30
33CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras15445828 (2)260
34HighwaySabahKota Belud14815813 (0)350
35MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut, Kuala Nerus, Klang1471,36447 (0)00
36BakiSarawak, PerakKuching, Kinta1403,08940 (0)00
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kelantan, Pahang dan Perlis tidak melaporkan kes baharu hari ini. 2 kluster baharu dilaporkan di Negeri Sembilan dan Kedah & P.Pinang. 14 kes import dilaporkan hari ini. 12 daripadanya dilaporkan di KL.



Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 3 Nov 2020 Kes sembuh=875 Jumlah kes sembuh=23,995 kes Kes baharu positif=1,054 (kes import=14, kes tempatan=1,040) Jumlah positif=34,393 kes Kes kematian=12 Jumlah kes kematian=263 kes Kes dirawat di ICU=94 kes Bantuan Alat Pernafasan=32 kes



Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 3 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 142 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 125 kes baharu hari ini ( 124 tempatan, 1 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (6 KES)

Batu - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

Setapak - 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 4 kes

DAERAH HULU LANGAT (38 KES)

Ampang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Cheras - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Kajang - 34 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 9 kes
Saringan TEMCO (Kluster Hentian) - 16 kes
Saringan Tempat Kerja - 3 kes

Semenyih -2 kes lokal
Saringan Tempat Kerja - 2 kes

DAERAH HULU SELANGOR (1 KES)

Serendah - 1 kes lokal
Saringan Swasta - 1 kes

DAERAH KLANG (28 KES)

Kapar - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Klang - 26 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Jalan Meru) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan OKT ( Kluster Benteng PK) - 11 kes
Saringan Pra Pekerjaan - 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (8 KES)

Morib - 2 kes lokal
Saringan Tempat Kerja -2 kes

Tanjung Dua Belas (1) - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes

Telok Panglima Garang - 2 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH PETALING (31 KES)

Damansara - 18 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Taman Laut) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 13 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes

Petaling - 6 kes lokal
Saringan Bergejala - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Cahaya) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster KLIA) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Sungai Buloh - 7 kes lokal
Saringan Komuniti (Kluster Taman Laut) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Taman Laut)- 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pra Penerbangan - 1 kes

DAERAH SEPANG (13 KES)

Dengkil - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes

Import - 1 kes
PUI (Manilla)

Labu - 7 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Kaya) - 4 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Swasta - 2 kes

Sepang - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Pra Kemasukan Hospital - 1 kes


𝐏𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝟏𝟒 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐥𝐨𝐤𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 3 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎


Selangor lapor 124 kes baharu. 61 kes dari kluster sedia ada. 35 kes lain daripada saringan kontak rapat dan baki 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.



Sabah catat 678 kes bersamaan 64.3% daripada keseluruhan kes baharu. 290 kes daripada kluster-kluster sedia ada. 221 kes lain adalah saringan kontak rapat. 1 kes dikesan dari saringan SARI. Dan baki 166 adalah lain-lain saringan COVID-19.


81 kes dilaporkan di Labuan melibatkan 58 kes dari kluster sedia ada, 15 daripada saringan kontak rapat dan 3 kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi. Baki 5 kes lagi adalah lain-lain saringan COVID-19.




Dukacita dimaklumkan terdapat 12 kes kematian dilaporkan hari ini. 4 kes bukan warganegara manakala baki 8 adalah warganegara. Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED