Translate

16 November 2020

Pesakit Lari Dari Hospital Pulau Pinang Ditemui Semula Di Bayan Lepas (1 Video)

           

Man who fled from Covid-19 ward in Penang found six hours later  

COVID-19: Pesakit lari dari Hospital Pulau Pinang ditemui semula di Bayan Lepas

Astro Awani
16 November 2020


GEORGE TOWN: Selepas beberapa jam melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) lelaki dipercayai pesakit COVID-19 akhirnya ditemui di kawasan kaki lima deretan kedai di Bayan Lepas, malam tadi.

Lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 malam selepas dipercayai berjalan kaki daripada HPP hingga ke kawasan Bayan Lepas yang mana jaraknya kira-kira 25 kilometer.

Sebaik ditemui, pihak polis memaklumkan kepada pihak HPP dan sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) datang mengambilnya untuk dibawa semula ke HPP.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Asmayani Khalib ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan lelaki itu telah dijumpai dan dibawa balik ke HPP untuk rawatan lanjut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Lelaki berasal daripada Kepala Batas, Pulau Pinang itu dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang Ahad dan dipercayai melarikan diri dengan memakai baju serta seluar warna putih.

Dia meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya.

Susulan itu, pihak polis giat mencari dan lelaki itu berjaya ditemui ketika duduk bersendirian di hadapan kedai di Bayan Lepas.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Polis Kesan Pesakit COVID-19 Lari Dari Hospital Pulau Pinang



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED