Translate

15 November 2020

Polis Kesan Pesakit COVID-19 Lari Dari Hospital Pulau Pinang

Muhamad Azim Bin Hanifah
                                             

Polis kesan pesakit COVID-19 lari dari Hospital Pulau Pinang

BERNAMA
15/11/2020


GEORGE TOWN, 15 Nov -- Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Sumber polis berkata lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Kepala Batas itu sedang menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang tadi.

"Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya," kata beliau kepada Bernama hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini giat mengesan lelaki berkenaan.

           

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED