Translate

23 November 2020

Penutupan Sementara Operasi Kilang, Top Glove Akan Beri Kerjasama Penuh

           

Penutupan sementara operasi kilang, Top Glove akan beri kerjasama penuh

Astro Awani
23 November 2020

KUALA LUMPUR: Top Glove akan memberi bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkaitan penutupan sementera operasi beberapa kilang di Meru, Klang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Top Glove memberitahu pihaknya telah menghentikan sementara 16 operasi kilang pengeluarannya sejak 18 November 2020.

Manakala, baki 12 lagi kilang beroperasi dengan kapasiti yang rendah.
“Dengan bimbingan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kami telah melaksanakan pemeriksaan penuh terhadap 5,700 pekerja asrama kami.

"Kami sangat komited untuk meneruskan ujian saringan COVID-19, yang disyorkan KKM untuk keseimbangan pekerja dan kakitangan kilang kami di Meru, Klang,” ujar Top Glove.

Tambahnya, keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta komuniti setempat merupakan keutamaan syarikat itu dalam memerangi COVID-19.

Antara lain, Top Glove juga akan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 secara ketat.

“Latihan disinfeksi akan diteruskan secara berkala di kilang dan asrama pekerja dengan semua langkah pencegahan yang ketat, “ katanya lagi.

Terdahulu, kerajaan bersetuju agar 28 kilang berhampiran kilang Top Glove di Kapar, Selangor ditutup secara berperingkat susulan peningkatan kes positif COVID-19 di lokaliti berkenaan.


Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:



Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi membolehkan pekerja menjalani ujian saringan COVID-19 dan proses kuarantin.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 20 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 46 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 6 hrs 2 mins ago