Translate

23 November 2020

Nota Misteri Ditinggalkan Di Sisi Mayat Bayi - "Tolong Uruskan Jenazah Anak Saya Dan Kebumikan Dengan Cara Islam" (1 Video)


Dua suspek ditahan reman empat hari  

"Tolong uruskan jenazah anak saya dan kebumikan dengan cara Islam" - Nota misteri ditinggalkan di sisi mayat bayi

Astro Awani
23 November 2020

PETALING JAYA: "Saya dibuang keluarga disebabkan anak ini. Saya tiada tempat tinggal yang sempurna dan tidak ada duit untuk membawa anak ini ke hospital.

"Tolong uruskan jenazah anak saya dan kebumikan dengan cara Islam dan elok-elok," begitu sekeping nota yang ditinggalkan bersama mayat seorang bayi perempuan dipercayai berusia empat bulan, yang ditemukan berhampiran sebuah masjid di Sungai Way, di sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mayat bayi yang dibungkus dengan plastik itu ditemukan oleh imam masjid itu pada pukul 8.48 malam berhampiran tayar keretanya.

"Semakan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan masjid itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan wanita warga asing di sebuah bilik hotel di Jalan SS3/39 Petaling Jaya.

"Ketika keterangan direkodkan, pasangan itu turut mengaku meninggalkan mayat bayi itu di hadapan masjid," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau memberitahu, kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 26 tahun itu kini ditahan reman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

                           


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED