Translate

08 November 2020

Nahas Helikopter Taman Melawati: Polis Sudah Ambil Keterangan Ahmad Jauhari (1 Video)

                



Ahmad Jauhari telah diambil keterangan  

Nahas helikopter Taman Melawati: Polis sudah ambil keterangan Ahmad Jauhari

Astro Awani
8 November 2020

HULU KELANG: Polis telah mengambil keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Ahmad Jauhari Yahya berhubung nahas helikopter yang mengorbankan dua nyawa di Taman Melawati pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, pihaknya turut merekodkan keterangan beberapa saksi lain.

Katanya, lebih ramai saksi diminta tampil membantu siasatan.

“Kita dah ambil keterangan dia (Ahmad Jauhari) dan saksi berkaitan kejadian. Saksi-saksi awam (lain) kita tengah kumpul lagi.

“Mohon saksi-saksi yang merakamkan kejadian untuk tampil ke Balai Polis Taman Melawati atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Taman Melawati pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, dua helikopter yang berlepas dari Lapangan Terbang Subang Jaya ke Genting Sempah disahkan bertembung di udara sebelum salah sebuah terhempas di Taman Melawati, di sini.

Dua mangsa disahkan maut iaitu Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, dan Mohd Sabri Baharom, 56.
Sebuah lagi helikopter dinaiki Ahmad Jauhari dan Tan Chai Elan sempat membuat pendaratan cemas dan mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED