Translate

08 November 2020

Datuk Azmin Ali Minta Polis Buat Siasatan Terperinci Nahas Helikopter Terhempas

                
Azmin minta polis buat siasatan terperinci nahas helikopter terhempas

BERNAMA
08/11/2020 06:33 PM



KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta polis melakukan siasatan terperinci berhubung insiden helikopter terhempas di Taman Melawati di sini hari ini.

“Saya ketika itu sedang berada di Bukit Antarabangsa untuk melihat kawasan saya, tidak lama kemudian polis memaklumkan kepada saya terdapat kejadian helikopter terhempas.

“Sejurus selepas itu, saya terus bergegas ke lokasi untuk melihat kejadian helikopter terhempas,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Menteri Kanan Kluster Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau turut mendoakan agar ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu tabah dan sabar menghadapi dugaan yang sukar ini.

Azmin berkata lokasi helikopter terhempas itu tidak melibatkan kawasan perumahan dan ia terhempas di kawasan lapang.

“Sekiranya ia terhempas di kawasan perumahan, ia akan menyebabkan insiden lebih besar kerana ramai penduduk yang menetap di Taman Melawati,” katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 12 tengah hari itu, dua lelaki disahkan maut selepas dua helikopter bertembung di udara, sebelum sebuah daripadanya terhempas di Taman Melawati manakala sebuah lagi sempat melakukan pendaratan kecemasan di kawasan berhampiran.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED