Translate

13 November 2020

Majikan Boleh Mohon Sertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Mulai 16 November

               

Majikan boleh mohon sertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja mulai 16 Nov

BERNAMA
13/11/2020 


PUTRAJAYA, 13 Nov -- Majikan yang berminat menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin boleh menghantar permohonan bermula 16 Nov ini (Isnin) melalui email rekalibrasi@imi.gov.my

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan hari ini berkata hanya majikan daripada empat sektor iaitu perkilangan, pembinaan, pertanian dan perladangan dibenarkan menyertai program tersebut.

Majikan perlu mengemukakan surat permohonan berserta lampiran lengkap maklumat syarikat dan maklumat pekerja asing yang ingin dipohon untuk menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, katanya

"Semakan akan dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk memastikan majikan tidak berada dalam senarai hitam jabatan," katanya.

Pemohon juga perlu melayari laman web Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di pautan http://jtksm.mohr.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat berkenaan urusan-urusan di bawah jabatan tersebut, katanya.

Semalam, kerajaan melancarkan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin merangkumi dua komponen utama - Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja - yang akan dilaksanakan bermula 16 Nov hingga 30 Jun 2021 kepada pendatang tanpa izin yang ada di negara ini.

Program Rekalibrasi Pulang merupakan program yang membenarkan pendatang tanpa izin untuk pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja menjadikan pendatang tanpa izin yang ada di negara ini sebagai pekerja asing yang sah, digajikan oleh majikan yang layak, tertakluk kepada syarat ketat yang diputuskan oleh kerajaan melalui JIM dan JTKSM.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED