Translate

07 November 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 


Sidang media perkembangan terkini PKPP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 7 November 2020

PKPP | 407 Individu ditahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah berkenaan, 403 individu dikompaun, empat direman.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 NOV-6 Disember 2020-Ismail Sabri
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 7 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan •2,376 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 11,191 anggota telah melakukan 37,569 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•Sebanyak 2,842 pasar raya, 3,605 restoran, 1,064 kilang, 1,744 pasar awam/tani serta 3,107 tempat ibadah dan 1,121 tempat riadah telah diperiksa.
•Semalam, PDRM juga telah menahan 407 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 403 individu telah dikompaun manakala 4 direman.

2. Kawalan Sempadan Negara •Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 15 PATI, 1 tekong, 1 penyeludup serta merampas 5 kenderaan darat. •Pasukan ATM bersama PDRM semalam telah mengesan 14 buah bot nelayan asing di kawasan perairan Pulau Pinang.
•KD LAKSAMANA TAN PUSMAH telah diaturgerak ke lokasi dan berjaya mengusir kesemua bot nelayan asing tersebut keluar dari perairan Malaysia.
•Sebanyak 286 (SJR) Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: oPDRM – 149 SJR oATM – 128 SJR oAKSEM – 9 SJR

3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 11,188 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. •Semalam, sebanyak 43 operasi sanitasi di 12 buah negeri
• Operasi Sanitasi ini melibatkan 289 anggota JBPM serta 228 anggota PBT

4.Kuarantin Wajib •Seramai 62,297 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•384 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 52,400 individu dibenarkan pulang ke rumah.

5. Penamatan PKPD Di Taman Semarak dan PPR Sri Balung, Tawau •Sidang Khas hari ini bersetuju agar pelaksanaan PKPD di kedua-dua lokaliti ini ditamatkan pada 8 November 2020 seperti yang dijadualkan.

6. PKPD SABK Maahad Al-Yahyawiah, Padang Rengas,Kuala Kangsar, Perak •Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di SABK Maahad Al-Yahyawiah, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak berkuatkuasa 8 November 2020 sehingga 21 November 2020

7.PKPB di Beberapa Negeri •Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di semananjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan berkuatkuasa selama 4 minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020
•Pelaksanaan PKPB di negeri-negeri di Semenanjung ini juga akan meliputi WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang sepatutnya berakhir 9 November 2020.
•Bagi negeri Kelantan, Pahang dan Perlis, yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri juga adalah tidak dibenarkan. Pergerakan rentas daerah di dalam ketiga-tiga negeri ini dibenarkan seperti biasa.
•Bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada PDRM.
•Pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching.










Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED