Translate

07 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,168, Total Cases- 39,357 | Active Cases- 11,666 | New Death- 3 Total Deaths- 282




 



Kenyataan Akhbar KPK 7 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,029 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 27,409 kes (69.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes sembuh mengikut negeri adalah seperti berikut;

  • Sabah (780 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (83 kes);
  • Negeri Sembilan (50 kes);
  • Selangor (41 kes);
  • Pulau Pinang (30 kes);
  • Perak (10 kes);
  • Kedah (10 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (6 kes);
  • Terengganu (6 kes);
  • Johor (6 kes);
  • Sarawak (5 kes); dan
  • Pahang (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 7 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,168 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 39,357 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,666 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 616 kes (52.7 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 275 kes (23.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan  mencatatkan sebanyak 104 kes positif (8.9 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  dan menyumbang sebanyak 995 kes (85.2 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.

Sebanyak 229 kes (19.6 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (121 kes), Kluster Penjara Sandakan (91 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Tembok (6 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,168 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan COVID-19 dalam negara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 616 kes
    • 256 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Softwood LD;
    • 205 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 155 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 247 kes
    • 154 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 58 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teratai;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 104 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 68 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : 37 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 28 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damanlela dan Kluster Mahkota;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 25 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 18 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor : Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu :Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka : Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 87 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 282 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
28019812SabahPerempuan (WN)51Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi, obesiti dan dislipidemia
28137625SabahPerempuan (WN)62Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
28237626SabahLelaki (WN)55Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAH PUCHONG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa, Kluster Bah Puchong telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

Sehingga 7 November 2020, seramai 88 orang telah disaring, 14 kes dikesan positif COVID-19 dan baki 74 orang adalah negatif. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 15.91%. Tiada kematian dilaporkan dalam kluster ini.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  1. KLUSTER SOFTWOOD LD

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-34985) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PPR Payang.

Sehingga 7 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
  • 95 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER TERATAI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35263) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 2 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 73 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 7 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana:

  • 74 kes dikesan positif COVID-19 (58 kes baharu);
  • 17 individu dikesan negatif; dan
  • 10 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER TAPAK BINA DAMANLELA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Kepong, dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-37814) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan tahanan pada 6 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 14 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 7 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 292 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19 (13 kes baharu);
  • 269 individu dikesan negatif; dan
  • Lapan (8) individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER MAHKOTA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor; daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Sibu di negeri Sarawak; dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32385) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 30 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat yang seterusnya telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 7 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 28 individu dikesan negatif; dan
  • 19 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH61619,898
SELANGOR2476,001
W.P. KUALA LUMPUR283,164
KEDAH152,206
NEGERI SEMBILAN681,949
PULAU PINANG181,342
SARAWAK25985
W.P. LABUAN104959
JOHOR5930
PERAK37589
PAHANG0395
MELAKA2322
TERENGGANU3224
KELANTAN0184
W.P. PUTRAJAYA0171
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN1,16839,357

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(7 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1PTS TawauSabahTawau1215991,671595 (0)31
2Penjara SandakanSabahSandakan91387769387 (1)00
3RengasPerakKuala Kangsar354430244 (0)00
4TenagaWP LabuanLabuan32101229101 (0)00
5KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, JohorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong,Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang265441,989222 (1)3220
6LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Seremban, Port Dickson, Rembau246749964 (0)30
7UsahaSelangor, WP Kuala LumpurKlang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai23161209153 (0)80
8HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban194062,251297 (1)1090
9Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson191342,07162 (0)720
10AeroSelangorPetaling193111531 (0)00
11CergasNegeri SembilanSeremban161061,048103 (0)30
12SagukingWP LabuanLabuan153523,539216 (0)1351
13BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama131162,09672 (3)440
14GedongNegeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Petaling, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya134859245 (0)30
15MampulutSabahKeningau124029740 (0)00
16GreenhillSarawakKuching, Miri97694951 (0)250
17Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang81,8123,943881 (0)9310
18Bina LabuanWP LabuanLabuan83918224 (0)141
19PermatangKedah, Pulau Pinang, PerakKulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta7381,15038 (2)00
20Wisma SaberkasSarawakKuching73475634 (0)00
21TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama61,7709,217255 (2)1,5114
22MesraSabahSandakan613917083 (0)551
23Jalan BombaSabahSandakan45432811 (0)412
24Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan34823,167231 (0)2510
25MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut, Kuala Nerus, Klang3612,28056 (0)50
26AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya21241,17318 (1)1060
27BasungSabahKudat28769648 (0)390
28LimbunganWP LabuanLabuan25238339 (0)130
29BakiSarawak, PerakKuching, Kinta2463,14027 (0)190
30IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Kuala Muda23115631 (1)00
31SeladahSarawakKuching, Serian292166 (0)30
32UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai,Titiwangsa, Kepong, Cheras12521,21032 (0)2200
33TitirSabahKeningau11362,00572 (0)640
34Sungei WaySelangor, WP Kuala Lumpur, Pulau PinangPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat,Titiwangsa, Cheras, Lembah Pantai, Timur Laut, Seberang Perai Utara1625544 (0)580
35MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Kepong1331148 (1)241
36Taman LautSelangorPetaling12812421 (0)70
37ForesSelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Klang, Kepong12119020 (0)10




Putrajaya, Perlis, Kelantan dan Pahang tidak melaporkan kes baharu hari ini. Kesemua 1,168 kes positif hari ini adalah kes tempatan.





Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 7 Nov 2020 Kes sembuh=1,029 Jumlah kes sembuh=27,409 kes Kes baharu positif=1,168 (kes import=0, kes tempatan=1,168) Jumlah positif=39,357 kes Kes kematian=3 Jumlah kes kematian=282 kes Kes dirawat di ICU=87 kes Bantuan Alat Pernafasan=32 kes


Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 7 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 145 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 247 kes baharu hari ini (247 tempatan dan 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (14 KES)

Batu - 5 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Fores) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

Hulu kelang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Kuang - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes

Rawang - 5 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 5 kes

DAERAH HULU LANGAT (31 KES)

Ampang - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 1 kes

Kajang - 28 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster KAYA) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 9 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 4 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) - 7 kes

DAERAH HULU SELANGOR (1 KES)

Hulu Bernam - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KLANG (121 KES)

Kapar - 78 kes lokal
Saringan Pekerja - 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) - 19 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) - 56 kes

Klang - 43 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Gedong) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Taman Laut) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 12 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) - 21 kes

DAERAH KUALA LANGAT (12 KES)

Bandar - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 1 kes

Tanjung Dua Belas (1) - 4 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster KAYA) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes

Telok Panglima Garang - 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Sungai Way) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (2 KES)

Ijok - 1 kes lokal
Saringan Pekerja - 1 kes

Tanjung Karang - 1 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) - 1 kes

DAERAH PETALING (35 KES)

Bukit Raja - 4 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Gedong) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Gedong) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

Damansara - 21 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Aero) - 19 kes

Petaling - 5 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes

Sungai Buloh - 5 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja - 2 kes

DAERAH SEPANG (31 KES)

Dengkil - 10 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan OKT - 1 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 1 kes

Labu - 18 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster KAYA) - 5 kes
Saringan Kontak Rapat - 8 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pengusiran PATI - 4 kes

Sepang - 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster KAYA) - 1 kes




KL - 28 kes baharu 
Kepong-13 Titiwangsa-4 Cheras-3 Lembah Pantai-8 
Daripada 28 kes baharu, 6 dikesan dalam kluster sedia ada. 14 kes lain pula dikesan dalam kluster baharu iaitu Tapak Bina Damanlela dan Mahkota (14).


Selangor - 247 kes baharu. 
96 daripada kluster sedia ada, 58 daripada kluster Teratai (baharu). 65 saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan baki 28 daripada lain-lain saringan.


Sabah lapor 616 kes.

245 kes daripada kluster sedia ada (220 daripadanya adalah daripada PTS dan penjara), 11 kes lagi daripada kluster Softwood LD (baharu).

205 kes daripada saringan kontak rapat dan baki 155 daripada lain-lain saringan COVID-19.




4 kluster baharu.

Daripada 1,168 kes baharu hari ini, 112 adalah daripada kluster baharu.

132 masih menunggu keputusan.




41 kluster aktif termasuk 4 baharu melaporkan kes baharu. Daripada 1,168 kes baharu, 640 kes dilaporkan dari kluster-kluster aktif.



Jumlah kes sembuh tertinggi pernah direkodkan. 1029 kes sembuh dilaporkan hari ini. Secara keseluruhan, jumlah sembuh adalah 27,409.



3 kes kematian dilaporkan. Kesemua kes adalah warganegara dan dilaporkan dari Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Dengan ini, jumlah kematian sebanyak 282. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED