Translate

09 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 972, Total Cases- 41,181 | Active Cases- 11,308 | New Death- 8 Total Deaths- 294

                  




Kenyataan Akhbar KPK 9 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,345 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 29,579 kes (71.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (967 kes);
  • Selangor (235 kes);
  • Negeri Sembilan (63 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (48 kes);
  • Pulau Pinang (17 kes);
  • Sarawak (7 kes);
  • Kedah (2 kes);
  • Perak (2 kes);
  • Melaka (2 kes); dan
  • Kelantan (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 9 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 972 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 41,181 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,308 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 370 kes (38.1 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 165 kes (17.0 peratus) daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak 14 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (6 kes), Kluster Penjara Sandakan (4 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (4 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 972 kes baharu pada hari ini, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan tiga (3) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Filipina (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Singapura (2 kes di Johor); dan
  • Nepal ( 1 kes di Selangor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 370 kes
    • 120 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Nahaba dan Kluster Numbak; dan
    • 164 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 86 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 260 kes
    • 247 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 137 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perigi;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 63 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 20 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Terapi;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak :  51 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Pulau Pinang : 34 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kesdaripada kluster- kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Padang; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Lima (5) kes
    • Empat (4) daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Harmoni.
  • Sarawak : Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • KelantanDua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 294 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
28739867SabahLelaki (WN)72Hospital Queen ElizabethPenyakit jantung
28838805SabahLelaki (WN)51Hospital Duchess of KentStrok
28938736SabahLelaki (WN)53Hospital Tawau
29031272SabahLelaki (WN)1  Hospital Duchess of Kent   Penyakit jantung berlubang, Sindrom Down dan Hipotiroidisme
29128633  Wilayah Persekutuan  LabuanLelaki  (WN)66Hospital LabuanPenyakit darah tinggi
29237623SabahPerempuan (WN)71Hospital TuaranPenyakit darah tinggi dan katarak
29339870SabahPerempuan (BWN)55Hospital Queen Elizabeth
29439868SabahPerempuan (BWN)65Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAH PERDANA DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa, Kluster Bah Perdana telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehingga 9 November 2020, seramai 55 individu telah disaring di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dan baki 46 individu adalah negatif. Tiada kes kematian dilaporkan dalam kluster ini.

ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER NAHABA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35808) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 24 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Seri Bayu Pirasan, Kota Belud.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana:

  • 25 kes dikesan positif COVID-19 (24 kes baharu); dan
  • 40 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER NUMBAK

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22036) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke wad di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • Tujuh (7) individu dikesan negatif; dan
  • Enam (6) individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER PERIGI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18667) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 15  Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 38 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana:

  • 39 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 85 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER SERI TERAPI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Alor Gajah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-36180) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 November 2020 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • Lapan (8) individu dikesan negatif; dan
  • 106 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER PADANG

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39210) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 338 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 173 individu dikesan negatif; dan
  • 160 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER HARMONI

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 7 November 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 28 individu dikesan negatif; dan
  • 17 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH37020,792
SELANGOR138 (1)6,287
W.P. KUALA LUMPUR22 (2)3,197
NEGERI SEMBILAN2602,313
KEDAH82,217
PULAU PINANG341,394
W.P. LABUAN631,046
SARAWAK4991
JOHOR10 (2)941
PERAK51647
PAHANG0395
MELAKA5332
TERENGGANU0225
KELANTAN2188
W.P. PUTRAJAYA5178
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN972 (5)41,181

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(9 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1CergasNegeri SembilanSeremban1302501,048245 (0)50
2KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, JohorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang576142,219251 (3)3630
3RengasPerakKuala Kangsar50101320101 (0)00
4LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Seremban, Port Dickson, Rembau42180653176 (0)40
5IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Kuala Muda276246458 (1)40
6SuteraSabahKota Kinabalu264611146 (0)00
7Ria-30SabahTuaran254968849 (0)00
8MampulutSabahKeningau176335963 (0)00
9GedongNegeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya156565054 (0)110
10HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban134302,254267 (1)1630
11JernihNegeri SembilanSeremban113412221 (0)130
12UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang,  Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras102621,21134 (0)2280
13SagukingWP LabuanLabuan93613,539173 (0)1871
14Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling93142031 (0)00
15UsahaSelangor, WP Kuala LumpurKlang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai7175217165 (1)100
16TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat78311183 (0)00
17PTS TawauSabahTawau66061,671507 (0)981
18MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor63476512 (0)220
19Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang41,8253,951488 (1)1,3370
20Penjara SandakanSabahSandakan44251,114425 (1)00
21BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama41242,34577 (3)470
22PermatangKedah, Pulau Pinang, PerakKulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta4461,31545 (1)01
23BerendamMelakaAlor Gajah, Melaka Tengah4121,96111 (0)10
24TenagaWP LabuanLabuan310522972 (0)330
25TanameraSabahTawau, Tuaran37416039 (0)350
26AstakaSelangor, PahangPetaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Maran36021321 (0)390
27TitianWP LabuanLabuan34953030 (0)190
28Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol3451,03618 (0)270
29Bina LabuanWP LabuanLabuan34219523 (0)181
30DialisisSabahLahad Datu32710622 (0)50
31AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya21261,17319 (1)1070
32GreenhillSarawakKuching, Miri, Bintulu2791,20650 (0)290
33IkhtisasSelangor, Kelantan, Negeri SembilanPetaling, Klang, Jeli, Seremban22436220 (0)40
34TitirSabahKeningau11372,00536 (0)1010
35BasungSabahKudat18869727 (0)610
36BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan1641,07412 (0)520
37KeladiSelangorKlang, Kuala Langat15035112 (0)380
38KertangSabahKota Belud1427475 (0)370
39Wisma SaberkasSarawakKuching13696736 (0)00
40TelipokSabahKota Kinabalu, Tuaran1171519 (0)80
41SembulanSabahKota Kinabalu113993 (0)100
42DanauWP Kuala LumpurTitiwangsa198277 (0)20




Perlis, Pahang dan Terengganu tidak melaporkan kes baharu. Daripada 260 kes baharu dilaporkan di N.Sembilan, 247 dilaporkan dalam kluster sedia ada. 6 kluster baharu dilaporkan melibatkan negeri-negeri Johor, Putrajaya, Selangor, Sabah, KL dan Melaka.



Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 9 Nov 2020 Kes sembuh=1,345 Jumlah kes sembuh=29,579 kes Kes baharu positif=972 (kes import=5, kes tempatan=967) Jumlah positif=41,181 kes Kes kematian=8 Jumlah kes kematian=294 kes Kes dirawat di ICU=86 kes Bantuan Alat Pernafasan=31 kes


KL-22 13 daripada kluster sedia ada, 1 daripada kluster Seri Terapi. 4 daripada saringan kontak rapat dan 2 kes lagi daripada lain-lain saringan COVID-19. Baki 2 adalah kes import BWN tiba dari Filipina. Putrajaya lapor 5 kes iaitu daripada kluster Harmoni (baharu).



Selangor-138 56 daripada kluster sedia ada, 1 daripada kluster Perigi (baharu). 36 daripada saringan kontak rapat, 2 kes SARI dan 42 yang lain adalah lain-lain saringan COVID-19. Baki 1 lagi adalah kes import.




P.Pinang-34 28 daripada kluster sedia ada. 6 daripada saringan kontak rapat.



Sabah hanya lapor 370 kes baharu. Terima kasih petugas kesihatan atas usaha yang berterusan. Semoga kes disana semakin menurun. 93 drpd kluster sedia ada, 27 daripada Kluster Nabaha dan Numbak (baharu). 164 saringan kontak rapat dan 86 adalah lain-lain saringan.



Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 9 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 208 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 138 kes baharu hari ini (137 tempatan dan 1 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (4 KES)

Batu – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Utama) – 1 kes
Saringan SARI – 1 kes

Kuang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Import A – 1 kes (Nepal)

DAERAH HULU LANGAT (42 KES)

Ampang – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes lokal

Cheras – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes

Hulu Langat – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes

Kajang – 33 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 6 kes
Saringan Kontak Rapat – 9 kes
Saringan Pekerja – 10 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 7 kes

Semenyih – 55 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 5 kes

DAERAH HULU SELANGOR (2 KES)

Ampang Pecah – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes

Kalumpang – 1 kes lokal
Saringan SARI – 1 kes

DAERAH KLANG (29 KES)

Kapar – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Klang – 26 kes lokal, 1 import B
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Keladi) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Merbok) – 6 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 9 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 3 kes

DAERAH KUALA LANGAT (3 KES)

Tanjung Dua Belas (2) – 3 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (1 KES)

Ijok – 1 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 1 kes

DAERAH PETALING (51 KES)

Bukit Raja – 6 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Auto) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 1 kes

Damansara – 21 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Astaka) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja – 12 kes

Petaling – 6 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Gedung) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Lengkuk) – 1 kes

Sungai Buloh – 18 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Astaka) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja – 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Utama) – 7 kes

DAERAH SEPANG (6 KES)

Dengkil – 2 kes lokal
Saringan Pekerja – 2 kes

Labu – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Sepang – 2 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Lengkuk) – 2 kes




6 kluster baharu Jumlah kes baharu dalam semua kluster baharu: 94 Jumlah kes menunggu keputusan: 374




Kes baharu semalam (852) dan hari ini (972) adalah di bawah unjuran dengan kadar nilai R naught di bawah 1.0.




8 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan 2 BWN dan 6 WN. 7 kes dilaporkan di Sabah dan 1 di Labuan. Jumlah kematian COVID-19; 294. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED