Translate

12 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 919, Total Cases- 43,791 | Active Cases- 11,419 | New Death- 1 Total Deaths- 303

 




Kenyataan Akhbar KPK 12 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 996 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 32,069 kes (73.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (543 kes);
  • Selangor (225 kes);
  • Pulau Pinang (108 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (42 kes);
  • Negeri Sembilan (38 kes);
  • Sarawak (20 kes);
  • Kedah (12 kes);
  • Perak (4 kes);
  • Terengganu (3 kes); dan
  • Melaka (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 12 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 919 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43,791 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,419 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 319 kes (34.7 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 224 kes (24.4 peratus) daripada jumlah keseluruhan. Manakala Negeri Sembilan pula mencatat 240 kes (26.1 peratus) di mana 236 kes daripadanya adalah daripada kluster-kluster sedia ada.

Sebanyak 13 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (12 kes) dan Kluster PTS Tawau (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 919 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Indonesia (1 kes);
  • Nigeria (1 kes); dan
  • Arab Saudi (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:   

  • Sabah: 318 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Teluk;
    • 143 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 119 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 240 kes
    • 236 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 174 kes
    • 122 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 63 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 47 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 35 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak:  Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Melaka: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • KelantanDua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 92 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 303 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
30342102SabahLelaki (BWN)66Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.

KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

  •  KLUSTER PULAU

Kluster ini melibatkan negeri Sabah. Sehingga 12 November 2020, seramai 1,036 individu telah disaring di mana 53 kes yang dikesan positif COVID-19 manakala 983 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH ROSE

Kluster ini melibatkan negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sehingga 12 November 2020, seramai 563 individu telah disaring di mana 11 kes yang dikesan positif COVID-19 manakala 552 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH KETIL

Kluster ini melibatkan negeri Kedah. Sehingga 12 November 2020, seramai 490 individu telah disaring di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 manakala 475 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

KLUSTER BAHARU : KLUSTER TELUK

KKM ingin memaklumkan terdapat satu (1) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Teluk. Kluster ini  melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Tiga kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 9 dan 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Bangunan Kompleks Sukan Likas

Sehingga 12 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana:

  • 30 kes dikesan positif COVID-19 (27 kes baharu);
  • 97 individu dikesan negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

HARI DIABETES SEDUNIA: “DIABETES: JURURAWAT NADI PERUBAHAN”

Pada hari Sabtu ini, bersamaan dengan 14 November 2020, kita akan menyambut Hari Diabetes Sedunia iaitu serentak dengan sambutan Hari Deepavali. Dalam pada kita memerangi COVID-19, harus diingat bahawa penyakit tidak berjangkit juga perlu dikawal. Sehingga kini, terdapat seramai 3.8 juta orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia. Jururawat memainkan peranan sangat penting dalam aktiviti pencegahan, saringan, rawatan serta pemulihan pesakit diabetes. Bagi menghargai mereka, tema Hari Diabetes pada tahun ini ialah “Diabetes: Jururawat Nadi Perubahan”.

Dalam pada meraikan sambutan Hari Deepavali, jangan lupa untuk makan secara berhemah, patuhi SOP yang telah ditetapkan dan juga menjalani saringan kesihatan. Dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, bermula pada jam 7.00 malam ini sehingga 15 November 2020, “LightUpBlue@Putrajaya” akan berlangsung di mana bangunan-bangunan dan persekitaran di Putrajaya akan dilimpahi dengan cahaya biru, sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para jururawat dan lain-lain petugas barisan hadapan yang terus cekal dalam memberikan penjagaan penyakit diabetes dan penyakit-penyakit kronik yang lain terutama dalam waktu mencabar ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH319 (1)21,767
SELANGOR1746,875
W.P. KUALA LUMPUR49 (2)3,286
NEGERI SEMBILAN2402,919
KEDAH32,240
PULAU PINANG631,510
W.P. LABUAN351,135
SARAWAK81,019
JOHOR8967
PERAK9682
PAHANG0395
MELAKA8346
TERENGGANU0225
KELANTAN2200
W.P. PUTRAJAYA1185
 PERLIS040
JUMLAH KESELURUHAN919 (3)43,791

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(12 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1CergasNegeri Sembilan, KelantanSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh2217243,092699 (0)250
2KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, JohorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi517542,590331 (1)4230
3Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat30912,10491 (0)00
4BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim,Kota Setar, Kerian,Larut Matang & Selama211493,30377 (3)720
5JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang208822938 (0)500
6UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat19252620212 (0)400
7Ria-30SabahTuaran189396693 (0)00
8Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan125153,182219 (0)2960
9LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah122261,063191 (0)350
10IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Kuala Muda12971,13095 (1)20
11PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, PerlisKulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau12641,50659 (3)41
12TitianWP LabuanLabuan116153030 (0)310
13HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban94982,306201 (2)2970
14TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat8104225102 (0)20
15BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak7262,40425 (0)10
16UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras52691,22740 (0)2290
17PerigiSelangorKlang5105151103 (0)20
18Seri TerapiWP Kuala Lumpur, Melaka, SelangorKepong, Alor Gajah, Gombak52348422 (1)10
19TenagaWP LabuanLabuan411122972 (0)390
20BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan4801,22227 (1)530
21TelipokSabahKota Kinabalu, Tuaran42216411 (0)110
22DanauWP Kuala LumpurTitiwangsa4131,67210 (0)30
23Bina LabuanWP LabuanLabuan34921430 (0)181
24PadangJohorKota Tinggi31674516 (0)00
25SagukingWP LabuanLabuan23783,539168 (0)2091
26RengasPerak, Pulau PinangKuala Kangsar, Seberang Perai Selatan2115513114 (0)10
27KeladiSelangorKlang, Kuala Langat2543548 (0)460
28Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol2501,38618 (0)320
29Bah MedanSelangorSepang24439927 (0)170
30Wisma SaberkasSarawakKuching2411,19237 (0)40
31NahabaSabahKota Belud23246232 (0)00
32PTS TawauSabahTawau16121,67175 (0)5352
33GreenhillSarawakKuching, Miri, Bintulu1881,48642 (0)460
34Bah TropicanaSelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras17290816 (0)560
35JernihNegeri SembilanSeremban, Port Dickson13612420 (0)160
36MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor13576513 (0)220
37LintasSabahKota Kinabalu114331 (0)130
38KubeKelantanKota Bharu, Tanah Merah11243412 (0)00
39HavenSabahLahad Datu11215012 (0)00
40SagaSabahKota Kinabalu1105610 (0)00
41SepanggarSabahKota Kinabalu19957 (0)20



Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 12 Nov 2020 Kes sembuh=996 Jumlah kes sembuh=32,069 kes Kes baharu positif=919 (kes import=3, kes tempatan=916) Jumlah positif=43,791 kes Kes kematian=1 Jumlah kes kematian=303 kes Kes dirawat di ICU=92 kes Bantuan Alat Pernafasan=35 kes


PECAHAN KES BAHARU (919) Sabah-319 29 kluster sedia ada, 27 kluster baharu (Teluk) 143 saringan kontak rapat 119 lain-lain saringan 1 import N.Sembilan-240 236 kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan

Selangor-174 122 kluster sedia ada 37 saringan kontak rapat 15 lain-lain saringan P.Pinang-63 55 kluster sedia ada 8 saringan kontak rapat KL-49 39 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 6 lain-lain saringan 2 import

Labuan-35 20 kluster sedia ada 13 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan Sarawak-8 3 kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan Perak-9 6 kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat Johor-8 3 kluster sedia ada 4 saringan kontak rapat 1 kes SARI

Melaka-8 7 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat Kedah-3 2 kluster sedia ada 1 lain-lain saringan Kelantan-2 2 kluster sedia ada Putrajaya-1 1 lain-lain saringan


KL dan Putrajaya kini berada dalam zon merah. Lembah Pantai naik ke zon merah apabila catat 19 kes baharu. Jumlah kes positif di daerah KL: Lembah Pantai -48 Titiwangsa -54 Kepong -91 Cheras -50 Putrajaya pula lapor 1 kes baharu. Jumlah kes positif di Putrajaya kini 42.



Sepang catat 74 kes baharu. Jumlah kes positif di daerah tersebut; 332. Jumlah kes positif di Sabak Bernam pula kekal 1. Secara keseluruhan, jumlah kes positif di Selangor adalah 2,350.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED