Translate

08 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 852, Total Cases- 40,209 | Active Cases- 11,689 | New Death- 4 Total Deaths- 286


Kenyataan Akhbar KPK 8 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 825 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 28,234 kes (70.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 8 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 852 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 40,209 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,689 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 524 kes (61.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 161 kes (18.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan  mencatatkan sebanyak 24 kes positif (2.8 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  dan menyumbang sebanyak 709 kes (83.2 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.

Sebanyak 70 kes (8.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (34 kes), Kluster Benteng LD (18), Kluster Penjara Kepayan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Rumah Merah (1 kes), dan Kluster PTS Tawau (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 852 kes baharu pada hari ini, terdapat 13 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan lapan (8) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Indonesia (3 kes);
  • Arab Saudi (3 kes);
  • Nepal (2 kes);
  • Maghribi (1 kes);
  • Emiriah Arab Bersatu (1 kes);
  • United Kingdom (1 kes);
  • Turki (1 kes); dan
  • Korea Selatan (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 524 kes
    • 89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 338 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 136 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ikhtisas;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 104 kes
    • 93 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ikhtisas;
    • Lapan (8) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 23 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 18 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 11 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak :  Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka : Lima (5) kes
    • Tiga (3) daripada kluster baharu iaitu Kluster Berendam; dan
    • Dua (2)kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah : Tiga (3) kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kelantan : Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Satu (1) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Terengganu :Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 286 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
28335983SabahLelaki (WN)66Hospital Duchess of KentPenyakit jantung
28418815SabahPerempuan (WN)81Hospital TawauPenyakit darah tinggi dan kanser payudara
28516848PerakLelaki (WN)62Hospital Raja Permaisuri Bainun
28634174KedahPerempuan (WN)62Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster  telah tamat pada hari ini.

  • KLUSTER PUTRA

Kluster ini melibatkan daerah Bintulu di negeri Sarawak.

Sehingga 8 November 2020, seramai 190 orang telah disaring di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dan baki 185 orang adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan dalam kluster ini.

  • KLUSTER KUARTERS

Kluster ini melibatkan daerah Tongod, Telupid dan Kinabatangan di negeri Sabah.

Sehingga 8 November 2020, seramai 1,432 orang telah disaring di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dan baki 1,423 orang adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan dalam kluster ini.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER IKHTISAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di negeri Selangor, daerah Jeli di negeri Kelantan dan daerah Seremban di  Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-33122) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pra pembedahan pada 29 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 8 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 362 individu telah disaring, di mana:

  • 22 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);
  • 213 kes dikesan negatif; dan
  • 127 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER BERENDAM

Kluster baharu ini melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32489, kes ke-39353, dan kes ke-39354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 30  Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

Sehingga 8 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,861 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 109 individu dikesan negatif; dan
  • 1,744 individu masih menunggu keputusan.

PERKHIDMATAN SARINGAN COVID-19 OLEH SEKTOR SWASTA

KKM maklum bahawa sejajar dengan peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini, permintaan dari orang perseorangan serta majikan untuk mendapatkan perkhidmatan saringan COVID-19 secara sukarela telah turut meningkat, termasuk pelbagai promosi berkaitan. Secara amnya, saringan COVID-19 merangkumi proses pengambilan sampel dari pesakit dan juga proses ujian ke atas sampel tersebut.

Kementerian ingin menegaskan bahawa di sektor swastaproses pengambilan sampel hanya boleh dijalankan di fasiliti berikut iaitu:

  1. Klinik perubatan swasta (private medical clinic);
  2. Pusat jagaan ambulatori swasta (ambulatory care centre); atau
  3. Hospital swasta.

Manakala bagi penyediaan health screening booth secara on-site di tempat selain di fasiliti di atas (misalnya di kilang, dewan orang ramai atau bangunan pejabat), perkhidmatan ini hanya boleh ditawarkan oleh pihak klinik perubatan swasta.

Bagi proses pengujian sampel yang telah diperolehi, ia boleh diproses di fasilti kesihatan itu sendiri atau dihantar ke mana-mana makmal perubatan swasta diakreditasi KKM, bergantung kepada kemudahan yang tersedia di tempat pengambilan sampel dan juga jenis saringan yang dijalankan (RTK Ag/RT-PCR). Setiap fasiliti berkaitan yang menawarkan perkhidmatan saringan COVID-19, dan semua makmal yang menjalankan ujian ke atas sampel tersebut, perlu mematuhi setiap syarat dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh KKM. Ini bagi memastikan aspek keselamatan pesakit dan petugas kesihatan serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan tidak dikompromi.

KKM memuji inisiatif majikan yang mengambil inisiatif menjalankan saringan bagi pekerja mereka. Namun KKM ingin meminta kerjasama majikan dan orang ramai untuk memastikan bahawa mereka hanya berurusan dengan penyedia perkhidmatan saringan COVID-19 yang mematuhi ketetapan syarat dan garis panduan KKM.

Senarai kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang menawarkan perkhidmatan saringan COVID-19 boleh dirujuk di laman sesawang KKM, laman sesawang Bahagian Amalan Perubatan http://medicalprac.moh.gov.my/v2/ serta dalam aplikasi MySejahtera.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 November 2020 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH52420,422
SELANGOR148 (12)6,149
W.P. KUALA LUMPUR113,175
KEDAH32,209
NEGERI SEMBILAN1042,053
PULAU PINANG181,360
SARAWAK2987
W.P. LABUAN24 (1)983
JOHOR1931
PERAK7596
PAHANG0395
MELAKA5327
TERENGGANU1225
KELANTAN2186
W.P. PUTRAJAYA2173
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN852 (13)40,209

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Text Box: LAMPIRAN 2Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(8 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Seremban, Port Dickson, Rembau69138499134 (0)40
2Penjara SandakanSabahSandakan344211,012421 (1)00
3Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran181,14516,543140 (0)1,0041
4KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, JohorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang135572,084204 (2)3530
5HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban114172,254302 (1)1150
6CergasNegeri SembilanSeremban101171,048113 (0)40
7Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang91,8213,950635 (1)1,1860
8Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan74893,167225 (0)2640
9UsahaSelangor, WP Kuala LumpurKlang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai7168212160 (1)80
10Jalan BombaSabahSandakan76133517 (0)422
11RengasPerakKuala Kangsar75131051 (0)00
12MampulutSabahKeningau64635846 (0)00
13Ria-30SabahTuaran52455424 (0)00
14BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama41202,24575 (4)450
15PermatangKedah, Pulau Pinang, PerakKulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta4421,15041 (1)01
16IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Kuala Muda43530931 (1)40
17JernihNegeri SembilanSeremban42312210 (0)130
18MesraSabahSandakan314217370 (0)711
19Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson31372,07465 (0)720
20MerpatiSelangor, WP Kuala LumpurSepang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Kepong3521396 (0)460
21TeduhSabahLahad Datu3492,7838 (0)410
22Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Gombak, Kuala Selangor, Petaling32231722 (0)00
23TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat27611076 (0)00
24GedongNegeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Petaling, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya25062340 (0)100
25KeladiSelangorKlang, Kuala Langat24935011 (0)380
26TelipokSabahKota Kinabalu, Tuaran2161489 (0)70
27SeridanaWP PutrajayaPutrajaya2147613 (0)10
28PTS TawauSabahTawau16001,671595 (0)41
29Rumah MerahSabahKota Kinabalu14161,796415 (2)10
30TenagaWP LabuanLabuan1102229102 (0)00
31MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut, Kuala Nerus, Klang1622,42851 (0)110
32TitianWP LabuanLabuan14653031 (0)150
33Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol14285516 (0)260
34PalmaSelangor, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Selangor, Kepong1221163 (0)190




Perlis dan Pahang tidak melaporkan kes baharu COVID-19 hari ini. Selangor dan Labuan laporkan 13 kes import secara keseluruhan. 2 kluster baharu dikesan iaitu Ikhtisas dan Berendam.




Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 8 Nov 2020 Kes sembuh=825 Jumlah kes sembuh=28,234 kes Kes baharu positif=852 (kes import=13, kes tempatan=839) Jumlah positif=40,209 kes Kes kematian=4 Jumlah kes kematian=286 kes Kes dirawat di ICU=94 kes Bantuan Alat Pernafasan=32 kes




KL-11 
1 daripada kluster sedia ada, 6 daripada saringan kontak rapat, 4 daripada lain-lain saringan COVID-19. Putrajaya lapor 2 kes baharu melibatkan kes dalam kluster sedia ada.


Selangor-148 
44 daripada kluster sedia ada, 1 daripada kluster Ikhtisas (baharu). 44 daripada saringan kontak rapat, 1 kes SARI dan 46 lagi adalah lain-lain saringan COVID-19. Baki 12 adalah kes import.


               


Sabah-524
89 daripada kluster sedia ada.
338 daripada saringan kontak rapat, dan baki 97 kes adalah berkaitan lain-lain saringan COVID-19.
Selain negeri-negeri di Lembah Klang dan Labuan, Sabah turut berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 



Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 8 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 147 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 148 kes baharu hari ini (136 tempatan dan 12 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (17 KES)

Batu - 2 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Damanlela) - 1 kes

Hulu kelang - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Gedong) - 2 kes

Kuang - 1 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 1 kes

Rawang - 9 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Palma) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 8 kes

Import A - 3 kes (1 UAE, 2 Nepal)

DAERAH HULU LANGAT (25 KES)

Cheras - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Kajang - 24 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster KAYA) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 11 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 8 kes

DAERAH KLANG (44 KES)

Kapar - 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 3 kes

Klang - 41 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Keladi) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 4 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pekerja - 27 kes
Saringan Pekerja (Kluster Keladi) - 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (18 KES)

Batu - 1 kes lokal
Saringan Pekerja - 1 kes

Tanjung Dua Belas (1) - 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan SARI - 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 13 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 10 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (12 KES)

Ijok - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Damanlela) - 2 kes

Jeram - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Import A - 9 kes (Indonesia 3, Arab Saudi 3, Maghribi 1, Turki 1, UK 1)

DAERAH PETALING (13 KES)

Bukit Raja - 2 kes lokal
Saringan Pekerja - 2 kes

Damansara - 2 kes lokal
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Ikhtisas) - 1 kes

Petaling - 6 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 1 kes

Sungai Buloh - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

DAERAH SEPANG (19 KES)

Dengkil - 2 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 2 kes

Labu - 13 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster KAYA) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster KAYA) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Lengkuk) - 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Merpati) - 2 kes

Sepang - 4 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Lengkuk) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Merpati) - 1 kes




36 kluster aktif termasuk 2 baharu melaporkan kes baharu.
Kluster Lengkuk lapor 69 kes baharu manakala Penjara Sandakan laporkan 34.
Untuk makluman, 2 kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Putra dan kluster Kuarters.

            






4 kes kematian dilaporkan melibatkan kesemua warganegara. 2 kes dilaporkan di Sabah, dan masing-masing 1 di Kedah dan P.Pinang. Jumlah kematian COVID-19; 286. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED