Translate

06 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,775, Total Cases- 38,189 | Active Cases- 11,530 | New Death- 2 Total Deaths- 279


Kenyataan Akhbar KPK 6 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 726 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 26,380 kes (69.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Selangor (322 kes);
  • Sabah (221 kes);
  • Negeri Sembilan (95 kes);
  • Kedah (32 kes);
  • Sarawak (28 kes);
  • Johor (11 kes);
  • Pulau Pinang (10 kes);
  • Melaka (3 kes);
  • Terengganu (3 kes); dan
  • Kelantan (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 6 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,755 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 38,189 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,530 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 1,199 kes (68.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Sebanyak 741 kes (42.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (372 kes), Kluster Penjara Sandakan (184 kes), Kluster Seberang Perai (162 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), dan Kluster Benteng LD (2 kes).

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 191 kes (10.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan  mencatatkan sebanyak 59 kes positif (3.4 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyumbang sebanyak 1,449 kes (82.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.

Ingin dimaklumkan daripada 1,755 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Arab Saudi (1 kes di Sarawak);
  • Afrika Selatan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Myanmar (1 kes di Johor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 1,199 kes
    • 663 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mampulut;
    • 363 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3 ) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 170 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 192 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Selangor: 164 kes
    • 111 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Fores;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 59 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 45 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Perak : 18 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rengas;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 17 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Fores;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 17 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Terengganu : Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor : Tiga (3) kes daripadalain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 78 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 279 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
27835982SabahPerempuan (WN)67Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi dan asma
27935303KedahLelaki (WN)54Hospital Sultanah BahiyahPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Lada, Kluster Atap dan Kluster Bah Sahabat Tiada kes kematian yang dilaporkan daripada kluster-kluster ini.

  • KLUSTER BAH LADA

Kluster ini melibatkan negeri Perak. Sehingga 6 November 2020, seramai 56 orang telah disaring di mana empat (4) kes dikesan positif COVID-19. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 7.14%.

  • KLUSTER ATAP

Kluster ini melibatkan negeri Sabah. Sehingga 6 November 2020, seramai 48 orang telah disaring di mana empat (4) kes dikesan positif COVID-19. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 8.33%.

  • KLUSTER BAH SAHABAT

Kluster ini melibatkan negeri Terengganu. Sehingga 6 November 2020, seramai 53 orang telah disaring di mana 11 kes dikesan positif COVID-19. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 20.75%.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER MAMPULUT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32154) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Kompleks Sukan Keningau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 6 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana:

  • 28 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu); dan
  • 181 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER FORES

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Gombak dan Klang di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25475) adalah kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 6 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 70 individu dikesan negatif; dan
  • 100 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER RENGAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-36426 dan kes ke-36427) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 4 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 6 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 290 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu); dan
  • 281 individu masih menunggu keputusan.

PENILAIAN DAN PENENTUAN RISIKO (RISK ASSESSMENT) JANGKITAN DAN PENULARAN COVID-19 BAGI SESUATU KAWASAN

Secara umumnya, kaedah penentuan zon jangkitan COVID-19 berdasarkan bilangan kes harian dan jumlah kes kumulatif untuk tempoh 14 hari yang lepas adalah menjadi asas kepada District Risk Reduction Program (DRRP). Ia membantu pemahaman tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh komuniti dan dipandu oleh pihak Kerajaan di kawasan setempat.

Walau bagaimanapun, kaedah penentuan zon jangkitan COVID-19 bukan hanya bergantung kepada DRRP, sebaliknya lebih penting lagi ia mengambilkira risiko jangkitan dan penularan COVID-19 dalam sesuatu kawasan. Beberapa kriteria diambil kira dalam penilaian dan penentuan risiko (risk assessment) ini iaitu:

1.      Kadar peningkatan kes

Peningkatan kes sama ada meningkat secara mendadak dalam tempoh masa yang singkat atau  secara perlahan. Peningkatan kes yang mendadak menggambarkan kadar penularan jangkitan yang tinggi;

2.      Taburan kes positif

Taburan kes dikenal pasti secara geomapping untuk menentukan sama ada kes-kes bertumpu atau bertaburan;

3.      Peratusan bilangan kes tidak bergejala

Peratusan bilangan kes yang tinggi berkemungkinan menyebabkan penularan jangkitan yang tidak disedari oleh kes-kes terbabit;

4.      Kepadatan penduduk di kawasan terlibat

Kawasan yang berkepadatan penduduk yang tinggi serta jenis tempat tinggal seperti rumah kongsi berisiko untuk meningkatkan penularan jangkitan;

5.      Latar belakang sosiodemografi setempat

Faktor-faktor seperti penduduk bukan warganegara di sesuatu lokaliti, mobilisasi penduduk merentas mukim/ daerah/ negeri kerana keperluan bekerja atau bersekolah, kewujudan lorong-lorong tikus bagi kemasukan bukan warganegara dan sebagainya berisiko untuk meningkatkan penularan jangkitan;

6.      Kewujudan infrastruktur gunasama di lokaliti seperti pasar, pasaraya, sekolah, rumah ibadat dan lain-lain premis yang menjadi tempat perkumpulan ramai; dan

7.      Terdapat sejarah perhimpunan beramai-ramai di sesuatu lokaliti dalam tempoh kebolehjangkitan semasa kes mula dikesan.

 Selain itu, impak tindakan kawalan dan pencegahan kesihatan awam yang telah dijalankan di kawasan setempat juga diambil kira, misalnya:

  • Bilangan kontak rapat yang dikaitkan dengan kes yang telah dikenal pasti;
  • Bilangan yang diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) termasuk yang dihantar ke stesen kuarantin; dan
  • Bilangan penduduk yang terlibat.

Namun begitu, bagi memudahkan pemahaman oleh masyarakat dan orang umum, pendekatan warna zon seperti yang digunakan untuk DRRP adalah digunakan iaitu zon hijau, zon kuning, zon jingga dan zon merah.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 November 2020 @ 6.30 petang

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH1,19919,282
SELANGOR1645,754
W.P. KUALA LUMPUR18 (1)3,136
KEDAH192,191
NEGERI SEMBILAN451,881
PULAU PINANG1921,324
SARAWAK18 (1)960
JOHOR4 (1)925
W.P. LABUAN59855
PERAK18552
PAHANG0395
MELAKA2320
TERENGGANU8221
KELANTAN0184
W.P. PUTRAJAYA9171
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN1,755 (3)38,189

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(6 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1PTS TawauSabahTawau3724781,671474 (0)31
2Penjara SandakanSabahSandakan184296646296 (0)00
3Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan1624795,892230 (0)2490
4UsahaSelangor, WP Kuala LumpurKlang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai54138206135 (0)30
5MesraSabahSandakan4413316477 (0)551
6HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras,Titiwangsa, Putrajaya, Seremban403872,247288 (1)990
7SagukingWP LabuanLabuan293373,539201 (0)1351
8IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Kuala Muda202912229 (0)00
9CergasNegeri SembilanSeremban14901,04889 (0)10
10TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama101,7649,217278 (2)1,4824
11LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Seremban, Port Dickson, Rembau104349941 (0)20
12KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat95161,718330 (0)1860
13Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar,Penampang, Sipitang81,8043,935879 (0)9250
14BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama81032,03563 (3)400
15MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut, Kuala Nerus, Klang8582,08655 (0)30
16GedongNegeri Sembilan,  Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Petaling, Johor Bahru, Cheras, Putrajaya83558233 (0)20
17PermatangKedah, Pulau Pinang, PerakKulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Timur Laut, Kinta83196031 (1)00
18Wisma SaberkasSarawakKuching82775627 (0)00
19SaktiSabahLahad Datu8261808 (0)180
20Ria-30SabahTuaran81932319 (0)00
21SeridanaWP PutrajayaPutrajaya7125812 (0)00
22BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan6631,07415 (0)480
23BasungSabahKudat58569461 (0)240
24Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras56987621 (0)480
25DialisisSabahLahad Datu5249720 (0)40
26SuteraSabahKota Kinabalu5203220 (0)00
27SentralWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Petaling51936610 (0)81
28Bina LabuanWP LabuanLabuan43118216 (0)141
29Penjara RemanPulau PinangTimur Laut35122,96544 (0)4671
30TenagaWP LabuanLabuan36915169 (0)00
31GreenhillSarawakKuching, Miri, Bintulu36787558 (0)90
32TitianWP LabuanLabuan34553039 (0)60
33KertangSabahKota Belud34174716 (0)250
34Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran21,12716,543124 (0)1,0021
35BakiSarawak, PerakKuching, Kinta2443,14030 (0)140
36BandaranSabahKota Kinabalu, Tuaran2177211 (0)60
37TembagaPulau PinangTimur Laut, Barat Daya21315812 (0)10
38Ramai-RamaiSabahSandakan127880180 (0)1980
39TitirSabahKeningau11352,00571 (0)640
40AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya11221,17319 (1)1030
41AstakaSelangor, PahangPetaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Maran1571,15749 (0)80
42LimbunganWP LabuanLabuan15038337 (0)130
43Jalan BombaSabahSandakan1503249 (0)392
44TeduhSabahLahad Datu1462,7837 (0)390
45Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol14181424 (0)170
46KolongSabahKeningau1223228 (0)140
47PalmaSelangor, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Selangor, Kepong1211135 (0)160
48GalaNegeri SembilanJelebu, Seremban1143669 (0)50
             

Kes baharu mengikut negeri 6 November 2020.



COVID-19; 6 Nov 2020 Jumlah discaj baru:726 Jumlah kumulatif:26380 (69.1%) Jumlah kes baru:1755 Jumlah kumulatif:38189 Jumlah kes aktif:11530 Kes tempatan:1752 Kes import:3 (2 WN, 1 BWN) Jumlah kematian:2 Jumlah kumulatif:279 (0.7%) Jumlah kes di ICU:83 Pesakit intubated: 32


KL lapor 18 kes. 7 daripada kluster sedia ada, 1 daripada kluster Fores (baharu). 1 saringan kontak rapat, 8 daripada lain-lain saringan COVID-19. Baki 1 lagi adalah kes import. Putrajaya lapor 9 kes dan kesemua kes adalah dalam kluster sedia ada.


𝐏𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝟏𝟒 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐥𝐨𝐤𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 6 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎

Berikut adalah ringkasan COVID -19 di WP Putrajaya:

Kes sembuh = 0 kes
Jumlah keseluruhan kes sembuh= 138 kes

Kes positif baharu= 9 kes
Jumlah kes aktif = 32 kes
Jumlah keseluruhan kes positif= 171 kes

Kes kematian baharu = 0 kes
Jumlah keseluruhan kes kematian= 1 kes

Kes dirawat di ICU= 1 kes
Kes dengan bantuan alat pernafasan= 1 kes



Selangor lapor 164 kes baharu termasuk 1 kes pulang dari kawasan berisiko tinggi. 107 daripada kluster sedia ada, 4 daripada kluster Fores (baharu). 28 kes daripada saringan kontak rapat dan baki 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.



1,199 kes baharu dilaporkan di Sabah.
651 daripada kluster sedia ada, 12 daripada kluster Mampulut (baharu). 363 kes lain adalah dari saringan kontak rapat.
3 kes adalah SARI dan baki 170 daripada lain-lain saringan COVID-19.




Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 6 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 188 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 164 kes baharu hari ini (163 tempatan, 1 import B dan 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (15 KES)

Batu – 7 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Fores) – 1 kes

Kuang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Rawang – 5 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Palma) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes

Setapak – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (48 KES)

Ampang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Cheras – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes

Hulu Langat – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Kajang – 44 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 6 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 35 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) – 3 kes

DAERAH KLANG (57 KES)

Kapar – 3 kes lokal
Saringan Pekerja – 3 kes

Klang – 54 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Fores) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 19 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 30 kes

DAERAH KUALA LANGAT (11 KES)

Bandar – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes

Tanjung Dua Belas (1) – 7 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 4 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Telok Panglima Garang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (4 KES)

Ijok – 3 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Astaka) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Jeram – 1 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes

DAERAH PETALING (19 KES)

Damansara – 9 kes
Saringan Bergejala – 2 kes (1 lokal, 1 import B)
Saringan Kontak (Kluster Sentral) – 5 kes
Saringan Pekerja – 2 kes

Petaling – 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Gedong) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 1 kes

Sungai Buloh – 6 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Fores) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 1 kes

DAERAH SEPANG (10 KES)

Dengkil – 6 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 1 kes

Labu – 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan Pra Penerbangan – 1 kes




#COVID19 Senarai kluster yang melaporkan kes baharu, 6 Nov. Di Sabah, 564 daripada 1,199 kes baharu adalah dari Kluster Penjara Sandakan (372), Penjara Kepayan (8) dan Pusat Tahanan Sementara Tawau (184). Di P. Pinang, 162 daripada 192 kes dari Penjara Seberang Perai.



Today there is a sudden spike of cases in Sabah. Of the total of 1199 positive cases reported, 564 cases were from the prisons and temporary detention center in Sabah: Penjara Sandakan = 184 PTS Tawau = 372 Penjara Kepayan = 8



726 kes sembuh dilaporkan hari ini. Secara keseluruhan, jumlah sembuh adalah 26,380.



2 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan warganegara. 1 kes dilaporkan di Sabah dan 1 di Kedah. Jumlah keseluruhan adalah 279. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED