24,000 penduduk terlibat PKPB di Jimah, Port Dickson esok
BERNAMA
06/11/2020
SEREMBAN, 6 Nov -- Kira-kira 24,000 penduduk di tujuh lokasi mukim Jimah, Port Dickson terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dikuatkuasakan di kawasan itu mulai esok, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata tujuh kawasan terlibat ialah Tanah Merah Site C, Bandar Springhill, Taman Bayu Indera, kawasan perindustrian Bukit Palong, Taman Lukut Makmur, Kampung Sungai Sendayan dan Taman Vista Jaya, melibatkan 6,050 kediaman.
“PKPB itu dikuatkuasakan berikutan pola peningkatan kes COVID-19 dikesan khususnya di sebahagian mukim Jimah dan lokasi yang bersempadan dengan daerah Sepang, Selangor.
“Walaupun mukim ini belum menjadi zon merah, tetapi diisytiharkan sebagai kawasan PKPB setelah penilaian risiko dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan apabila sesuatu kawasan didapati mencatatkan antara 10 dan 20 kes,” katanya pada sidang media khas mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Mengenai kerja pembaikan tebing Sungai Linggi yang runtuh akibat hujan lebat pada Rabu lepas, beliau berkata sebahagian kawasan yang terjejas dijangka menerima bekalan air esok, bergantung kepada kerja-kerja pembaikan.
“InsyaAllah pukul 5 hingga 7 malam ini kita akan pasang cerucuk bagi memperkukuhkan tebing dan kita harap ia mampu mengatasi masalah tebing runtuh,” katanya.