Translate

13 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1304, Total Cases- 45,095 | Active Cases- 11,822 | New Death- 1 Total Deaths- 304

         


Kenyataan Akhbar KPK 13 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 900 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 32,969 kes (73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (447 kes);
  • Selangor (154 kes);
  • Pulau Pinang (113 kes);
  • Negeri Sembilan (82 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (75 kes);
  • Kedah (14 kes);
  • Terengganu (6 kes);
  • Sarawak (3 kes);
  • Johor (3 kes); dan
  • Perak (3 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 13 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,304 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 45,095 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,822 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes (42.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 567 kes iaitu peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding 224 kes positif semalam. Negeri Selangor melaporkan 364 kes pada hari ini (27.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 202 kes (15.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan pada hari ini. Daripada 567 kes yang dilaporkan di negeri-negeri di Lembah Klang, sebanyak 488 kes (86.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster .

Pada hari ini, sebanyak 33 kes (2.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Rumah Merah (3 kes) dan Kluster Tembok (2 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,304 kes baharu pada hari ini, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes melibatkan warganegara yang tiba dari negara:

  • Arab Saudi (3 kes); dan
  • Mesir (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:   

  • Sabah: 556 kes
    • 188 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Bonggaya dan Kluster Jambatan B;
    • 233 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 135 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 361 kes
    • 292 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 201 kes
    • 196 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 83 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 42 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 13 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Abell; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 13 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster BMU.
  • Kedah: Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • KelantanLima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 96 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 304 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
30442308SabahLelaki (WN)70Hospital TuaranPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

  •  KLUSTER SELASIH

Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Sehingga 13 November 2020, seramai 290 individu telah disaring di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 manakala 270 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH PENGKALAN

Kluster ini melibatkan negeri Perak. Sehingga 13 November 2020, seramai 354 individu telah disaring di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 manakala 348 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH PASIR

Kluster ini melibatkan Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 13 November 2020, seramai 90 individu telah disaring di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 manakala 85 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER BONGGAYA

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-28154) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti pada 27 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 45 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19  Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 243 individu telah disaring, di mana:

  • 46 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);
  • 123 individu dikesan negatif; dan
  • 74 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER JAMBATAN B

Kluster baharu ini  melibatkan di daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20105) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat dan komuniti setempat telah mengesan sebanyak 52 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah COVID-19, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 201 individu telah disaring, di mana:

  • 53 kes dikesan positif COVID-19 (18 kes baharu);
  • 118 individu dikesan negatif; dan
  • 30 individu masih menunggu keputusan.
  •  KLUSTER ABELL

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42016) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);
  • 13 individu dikesan negatif; dan
  • 43 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER BMU

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45077) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu); dan
  • 59 individu masih menunggu keputusan.

PENINGKATAN KES BAGI KLUSTER BERKAITAN TEMPAT KERJA

Ingin dimaklumkan daripada 158 kluster aktif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 65 kluster (41.1 peratus) adalah berkaitan dengan tempat kerja termasuk dua (2) kluster baharu diumumkan pada hari ini. Sebanyak 5,681 kes positif COVID-19 yang berkaitan kluster tempat kerja adalah melibatkan 3,369 (59.3 peratus) warganegara dan 2,312 (40.7 peratus) bukan warganegara. Ini adalah hasil tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan COVID-19 terhadap pekerja-pekerja mereka.

KKM amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dalam bersama-sama membantu mengesan kes-kes positif di kalangan warga kerja. Tindakan ini dapat mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam. Hal ini sekaligus dapat melindungi individu-individu yang berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19.

Warga pekerja juga diseru untuk mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri  bagi membendung penularan COVID-19 di tempat kerja. Majikan dan warga pekerja hendaklah sentiasa memastikan persekitaran tempat kerja dan kawasan gunasama (misalnya tandas, dapur dan pantri) yang bersih dan selamat bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Selain daripada itu, pihak majikan juga diingatkan untuk memastikan pekerja mereka mematuhi segala SOP yang ditetapkan termasuk menjaga kebersihan di kawasan penginapan dan tempat tinggal. Didapati risiko penularan adalah tinggi bagi kawasan penginapan yang sesak dan sempit.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

Di kesempatan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali bagi semua penganut agama Hindu dengan ucapan “Deepavali Valthukkal”. Adalah diingatkan, dalam kemeriahan menyambut pesta cahaya, Prosedur Amalan Standard (SOP) jangan dilupakan.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH55622,323
SELANGOR364 (3)7,239
W.P. KUALA LUMPUR202 (1)3,488
NEGERI SEMBILAN833,002
KEDAH52,245
PULAU PINANG421,552
W.P. LABUAN41,139
SARAWAK131,032
JOHOR3970
PERAK13695
PAHANG0395
MELAKA13359
TERENGGANU0225
KELANTAN5205
W.P. PUTRAJAYA1186
 PERLIS040
JUMLAH KESELURUHAN1,304 (4)45,095

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(13 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat1912822,366280 (0)20
2HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan  Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban  1646627,130314 (0)3480
3PerigiSelangorKlang82187356183 (0)40
4KaramuntingSabahSandakan31526147 (0)50
5CergasNegeri Sembilan, KelantanSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh307543,316714 (0)400
6KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor  Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi  277812,847340 (0)4410
7LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah212611,124217 (0)440
8Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan205353,182154 (2)3810
9Ria-30SabahTuaran191121,090106 (0)60
10SagaSabahKota Kinabalu19296129 (0)00
11MesraSabahSandakan1716617664 (0)1011
12UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat12264630190 (0)740
13Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang81,8423,966199 (0)1,6430
14TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat7111568100 (0)110
15RengasPerak, Pulau Pinang, KedahKuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim6121682119 (0)20
16BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan6861,22234 (0)520
17LiawanSabahKeningau63510535 (0)00
18IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda41011,40896 (0)50
19JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang49232231 (0)610
20SuteraSabahKota Kinabalu45027648 (0)20
21KubeKelantanKota Bharu, Tanah Merah41653916 (0)00
22Rumah MerahSabahKota Kinabalu34231,79666 (0)3570
23MampulutSabahKeningau38166775 (0)60
24TanameraSabahTawau, Tuaran38116046 (0)350
25Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol3531,38819 (0)340
26DialisisSabahLahad Datu34614228 (0)180
27BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak3292,40428 (0)10
28TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama21,7879,346223 (4)1,5595
29Bah TropicanaSelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras27492916 (0)580
30PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, PerlisKulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau2661,53660 (0)51
31TinusaSabahSandakan2385898 (0)291
32Taman LautSelangorPetaling2301244 (0)260
33TatahanSabahKota Kinabalu2203217 (0)21
34DanauWP Kuala LumpurTitiwangsa2151,6747 (0)80
35SagukingWP LabuanLabuan13793,539145 (0)2331
36UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras12701,22740 (0)2300
37KeladiSelangorKlang, Kuala Langat1553559 (0)460
38LimbunganWP LabuanLabuan15338321 (0)320
39Bah MedanSelangorSepang14539912 (0)330
40Wisma SaberkasSarawakKuching1421,24530 (0)120
41NahabaSabahKota Belud13364233 (0)00
42IkhtisasSelangor, Kelantan, Negeri SembilanPetaling, Klang, Jeli, Seremban12537513 (0)120
43TembagaPulau PinangTimur Laut, Barat Daya1151745 (0)100


PECAHAN KES BAHARU (1,304) Sabah-556 137 kluster sedia ada, 51 kluster baharu (Bonggaya dan Jambatan B) 233 saringan kontak rapat 135 lain-lain saringan Selangor-364 292 kluster sedia ada 28 saringan kontak rapat 41 lain-lain saringan 3 import

Sarawak-13 1 kluster sedia ada, 10 kluster baharu (Abell) 2 lain-lain saringan Perak-13 8 kluster sedia ada 1 kes SARI 4 lain-lain saringan Melaka-13 3 kluster sedia ada, 10 kluster baharu (BMU) Kedah-5 5 kluster sedia ada Kelantan-5 4 kluster sedia ada 1 kes SARI

Labuan-4 2 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan Johor-3 3 saringan kontak rapat Putrajaya-1 1 lain-lain saringan


Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 13 Nov 2020 Kes sembuh=900 Jumlah kes sembuh=32,969 kes Kes baharu positif=1,304 (kes import=4, kes tempatan=1300) Jumlah positif=45,095 kes Kes kematian=1 Jumlah kes kematian=304 kes Kes dirawat di ICU=96 kes Bantuan Alat Pernafasan=39 kes

Tiga kluster yang menyumbang peningkatan kes baharu hari ini di Lembah Klang ialah: 1. Tapak Bina Damanlela (191) 2. Hentian (164) 3. Perigi (82)


KL lapor 202 kes baharu termasuk 1 import manakala Putrajaya laporkan 1 kes baharu. Daripada 202 kes baharu di KL, 196 dilaporkan dalam kluster-kluster sedia ada termasuk Kluster Tapak Bina Damanlela (191). Secara keseluruhan, jumlah kes positif di KL dan Putrajaya adalah 467.




Selangor-361 (+3 import) Sabak Bernam turun ke zon hijau. Hulu Selangor tidak rekod kes baharu, jumlah positif di daerah itu kekal 7 kes. Hulu Langat rekod 178 kes baharu, bermakna jumlah positif di daerah itu; 782. Jumlah positif di Klang; 752.


N.Sembilan -83 baharu, 82 sembuh Kes baharu di Seremban 77. Jumlah positif di daerah tersebut adalah 1,236.


Sabah-556 kes baharu, 447 kes sembuh Jumlah kes positif di Sandakan; 1,739. Daerah berikut mempunyai jumlah kes positif bawah 10 dan menghampiri zon hijau: 1. Tambunan -4 2. Pitas -5 3. Tenom -4 4. Sipitang -4 5. Tongod -6 6. Beluran -6



Daripada 1,304 kes baharu, 123 dilaporkan dalam 4 kluster baharu ini. Jumlah kes masih menunggu keputusan daripada kluster-kluster tersebut; 206.



Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 13 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 143 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 364 kes baharu hari ini (359 tempatan, 2 import B dan 3 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (2 KES)

Batu – 1 kes lokal, 1 kes import B
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Swasta (Import B) – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (179 KES)

Ampang – 1 kes import B
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes

Kajang – 177 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 6 kes
Saringan Kontak Rapat – 13 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 15 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) – 137 kes
Saringan Swasta – 1 kes

Semenyih – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes

DAERAH KLANG (109 KES)

Kapar – 5 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pra-pekerjaan – 1 kes

Klang – 104 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 4 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 7 kes
Saringan Pekerja (Kluster Ikhtisas) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Keladi) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 82 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 4 kes
Saringan Pra-pekerjaan – 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (10 KES)

Bandar – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes

Jugra – 1 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Kaya) – 1 kes

Tanjung Dua Belas (1) – 5 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Tropicana) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (4 KES)

Import A (Arab Saudi) – 3 kes

Jeram – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes

DAERAH PETALING (36 KES)

Bukit Raja – 3 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 2 kes

Damansara – 7 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Komuniti (Kluster Taman Laut) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 2 kes

Petaling – 17 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 10 kes

Sungai Buloh – 9 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Komuniti (Kluster Taman Laut) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 1 kes

DAERAH SEPANG (24 KES)

Dengkil – 7 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Jaya) – 2 kes
Saringan Swasta – 1 kes

Labu – 15 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Medan) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 11 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Jaya) – 1 kes

Sepang – 2 kes lokal
Saringan OKT – 1 kes

Saringan Pekerja (Kluster Jaya) - 1 kes






1 kes kematian dilaporkan di Hospital Tuaran melibatkan warganegara. Jumlah kematian COVID-19 di Malaysia; 304. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED