Translate

10 November 2020

Lelaki Myanmar Ditemukan Mati Dengan Kesan Kelar Di Leher


Lelaki Myanmar ditemukan mati dengan kesan kelar di leher

BERNAMA
10/11/2020


SEREMBAN, 10 Nov -- Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di sebuah premis membaiki alat elektronik di Jalan Seng Meng Lee, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim dalam kenyataan di sini berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditemui di dalam premis berkenaan oleh majikannya yang hendak memulakan perniagaan pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Siasatan polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kelar pada leher mangsa selain kesan lekuk pada lengan kiri dipercayai terkena objek tumpul, serta kesan benjol pada bahagian belakang kepala sebelah kiri," katanya.

Beliau berkata mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED