Translate

10 November 2020

Kenderaan Tanpa Kebenaran Dilarang Masuki Perlis

                       

Kenderaan tanpa kebenaran dilarang masuki Perlis

BERNAMA
10/11/2020


KANGAR, 10 Nov -- Sebanyak 65 buah kenderaan yang cuba merentasi negeri ini diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai kebenaran rentas negeri setelah kerajaan mengisytiharkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata sebanyak 1,100 buah kenderaan diperiksa melalui enam sekatan jalan raya di Padang Besar, Arau dan Kangar, semalam dan satu lagi sekatan akan diadakan di Jalan Pauh/Changlun menghala keluar dari negeri ini, bermula esok.

“Antara alasan yang digunakan oleh pengguna jalan raya adalah hendak pergi ke tempat kerja kerana kebanyakan mereka daripada Kedah yang bekerja ke sini (Perlis), namun mereka perlu ada surat daripada majikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sabtu lepas mengumumkan PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan dari 9 Nov hingga 6 Dis bagi mengekang penularan kes COVID-19.

Surina berkata mereka dari kawasan zon merah yang hendak memasuki negeri Perlis pula akan diminta ke Pejabat Kesihatan Kangar bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata sehingga kini masih belum ada kompaun yang dikeluarkan oleh pihak polis dan kenderaan yang tidak mempunyai kebenaran rentas negeri hanya diarahkan patah balik.

Surina menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan Perlis kekal sebagai zon hijau.

Sehingga hari ini Perlis kekal sebagai negeri hijau COVID-19 dengan jumlah kumulatif sebanyak 38 kes dilaporkan sehingga 12 Okt lalu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED