Translate

15 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,208, Total Cases- 47,417 | Active Cases- 12,323 | New Death- 3 Total Deaths- 309




Kenyataan Akhbar KPK 15 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,013 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 34,785 kes (73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (566 kes);
  • Negeri Sembilan (171 kes);
  • Selangor (154 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (66 kes);
  • Sarawak (17 kes);
  • Pulau Pinang (14 kes);
  • Perak (10 kes);
  • Kedah (6 kes);
  • Melaka (5 kes);
  • Johor (2 kes); dan
  • Terengganu (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 15 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,208 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 47,417 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,323 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 381 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 661 kes (54.7 peratus) positif pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 594 kes adalah daripada kluster-kluster (89.9 peratus). Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes.

Sebanyak tujuh (7) kes (0.6 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,208 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • India (3 kes);
  • Bangladesh (1 kes);
  • Nepal (1 kes); dan
  • Indonesia (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:     

  • Sabah: 381 kes
    • 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Plaza dan Kluster Jalan Kalabakan; dan
    • 191 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 123 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 469 kes
    • 462 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 185 kes
    • 132 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 48 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 21 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 42 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 30 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Sembilan (9) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeri;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Sarawak: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • KelantanSatu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 104 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 309 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
30745459SabahPerempuan (WN)8Hospital Tawau
30832143SabahLelaki (WN)77Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit buah pinggang
30945486SabahPerempuan (WN)63Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung

*WN merujuk kepada warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAH ARNAB DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa, Kluster Bah Arnab telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Sehingga 15 November 2020, seramai 72 individu telah disaring di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 manakala 60 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER PLAZA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42299) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu);  dan
  • Tujuh (7) individu dikesan negatif.
  • KLUSTER JALAN KALABAKAN

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-31309) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana kesemua 22 kes telah dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu).

  • KLUSTER JERI

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing, dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 November 2020. Saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan sebanyak 26 kes positif COVID-19 dan kes-kes ini telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,170 individu telah disaring, di mana:

  • 26 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
  • 535 individu dikesan negatif; dan
  • 609 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH38123,095
SELANGOR1857,624
W.P. KUALA LUMPUR475 (6)3,976
NEGERI SEMBILAN483,421
KEDAH82,263
PULAU PINANG421,628
W.P. LABUAN301,177
SARAWAK41,040
JOHOR9994
PERAK21769
PAHANG0395
MELAKA2367
TERENGGANU0225
KELANTAN1211
W.P. PUTRAJAYA1191
 PERLIS141
JUMLAH KESELURUHAN1,208 (6)47,417

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(15 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat4607473,069744 (0)30
2TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Gombak53214579195 (0)190
3PerigiSelangorKlang33247841241 (0)60
4IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda331381,582123 (2)150
5HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban297307,915371 (0)3590
6CergasNegeri Sembilan, Kelantan, SelangorSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh, Klang171,1354,3851,061 (0)740
7KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, JohorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi127993,355333 (2)4660
8AlilaSabahTuaran, Kota Kinabalu113431726 (0)80
9SagukingWP LabuanLabuan103913,539145 (0)2451
10MampulutSabahKeningau109572976 (0)190
11LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah82691,276207 (0)620
12TenagaWP LabuanLabuan811922970 (0)490
13PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, PerlisKulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau8741,58455 (4)181
14BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan71031,52751 (5)520
15Ria-30SabahTuaran61261,489111 (0)150
16NahabaSabahKota Belud53965739 (0)00
17IstimewaSabahSandakan5215415 (0)60
18TamarSelangorPetaling5151375 (0)100
19Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan45533,25492 (0)4610
20UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat4272634184 (0)880
21Jambatan BSabahSandakan46220136 (0)251
22JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang39635235 (0)610
23Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol3561,38922 (0)340
24GK TawauSabahTawau35416823 (0)310
25Penjara SandakanSabahSandakan24331,733383 (1)500
26AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya21281,17318 (1)1100
27GreenhillSarawakKuching, Miri, Bintulu2901,55535 (0)550
28KaramuntingSabahSandakan2677656 (0)110
29Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang11,8453,970192 (1)1,6530
30Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson11612,36754 (0)1070
31RengasPerak, Pulau Pinang, KedahKuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim1124801120 (1)40
32BasungSabahKudat19470020 (0)740
33Bah TropicanaSelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras17593615 (0)600
34TitianWP LabuanLabuan16453030 (0)340
35Bah MedanSelangorSepang14945412 (0)370
36DialisisSabahLahad Datu14716729 (1)180
37Wisma SaberkasSarawakKuching1441,24532 (0)120
38SauhSabah, Sarawak, MelakaKota Kinabalu, Tawau, Semporna, Papar, Miri, Daro, Jasin1354048 (0)270
39DanauWP Kuala LumpurTitiwangsa1161,6748 (0)80
40Softwood LDSabahLahad Datu11514413 (0)20
41HavenSabahLahad Datu11317213 (0)00
42AssumptionPulau Pinang, KedahSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kulim1119411 (0)00



Pecahan kes baharu (1,208) 

Sabah-381 
53 kluster sedia ada 
14 kluster baharu (Plaza dan Kalabakan) 
191 saringan kontak rapat 
123 lain-lain saringan 

KL-475 
462 kluster sedia ada 
2 saringan kontak rapat 
5 lain-lain saringan 
6 import

P.Pinang-42 37 kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat 1 kes SARI 1 lain-lain saringan Labuan-30 19 kluster sedia ada 9 saringan kontak rapat 1 kes SARI 1 lain-lain saringan Johor-9 3 kluster baharu (Jeri) 1 kes SARI 5 lain-lain saringan Kedah-8 8 kluster sedia ada

Sarawak-4 3 kluster sedia ada 1 lain-lain saringan Melaka-2 1 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat Kelantan-1 1 saringan kontak rapat Putrajaya-1 1 lain-lain saringan Perlis-1 1 kluster sedia ada

Status terkini COVID-19 setakat 15 November 2020
Jumlah discaj baru: 1013 kes
Jumlah kumulatif discaj: 34785 kes (73.4%)
Jumlah kes baru: 1208 kes
Jumlah kumulatif: 47417 kes
Jumlah kes aktif: 12,323 kes
Kes tempatan: 1202 kes
Kes import: 6 kes (6 BWN)
Jumlah kematian: 3 kes
Jumlah kumulatif kematian: 309 kes (0.7%)
Jumlah kes di ICU: 104 kes
Pesakit intubated: 42 kes


KL catat 475 termasuk 6 kes import. Sebanyak 462 kes dikesan dalam kluster sedia ada termasuk Kluster Tapak Bina Damanlela (460). Putrajaya pula catat 1 sahaja kes baharu. Jumlah kes positif di KL dan Putrajaya kini sebanyak 932 kes.



Selangor laporkan 185 kes baharu dan 154 kes sembuh. 132 daripadanya daripada kluster sedia ada. Klang catat 100 kes, menjadikan jumlah positif di daerah tersebut meningkat kepada 882. Jumlah positif COVID-19 di Selangor;2664.


N.Sembilan lapor 48 kes baharu dan 171 kes sembuh. Jumlah kes positif di Negeri Sembilan adalah 1,681. Kes tertinggi mengikut daerah adalah Seremban (1,618). Tampin kekal hijau. Daerah lain pula lapor kes positif bawah 10 kes



Sabah lapor 381 kes baharu dan 566 kes sembuh. 67 kes dilaporkan daripada kluster sedia dan kluster baharu. Manakala baki 191 adalah saringan kontak rapat dan 123 kes lagi adalah lain-lain saringan.



3 kluster baharu hari ini melibatkan Sabah (2) dan Johor (1).
Jumlah kes baharu dalam kesemua kluster ini adalah 60.
Hanya kes dalam kluster Jeri yang masih menunggu keputusan (609)




45 kluster aktif melaporkan kes baharu hari ini. Kluster Tapak Bina Damanlela catat kes tertinggi antara semua kluster iaitu 460. Kluster ini dikesan di KL. Kluster Cergas pula hanya catat 18 kes berbanding 364 semalam.


Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 15 November 2020 jam 12.00 tengahari. 

Pertambahan 140 kes discaj direkodkan hari ini. 

Pertambahan 185 kes baharu hari ini (185 tempatan dan 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (1 KES)

Batu - 1 kes lokal
Saringan Pra-Pembedahan - 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (48 KES)

Beranang - 1 kes lokal
Saringan Bergejala 1 kes

Hulu Langat - 1 kes lokal
Saringan Swasta - 1 kes

Kajang - 41 kes lokal
Saringan Bergejala - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 18 kes
Saringan Kontak Rapat - 7 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 7 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) - 4 kes

Semenyih - 5 kes lokal
Saringan Pekerja - 5 kes

DAERAH HULU SELANGOR (3 KES)

Hulu Yam - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Serendah - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

DAERAH KLANG (100 KES)

Kapar - 45 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) - 43 kes

Klang - 55 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 4 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 6 kes
Saringan Pekerja - 17 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) - 23 kes

DAERAH KUALA LANGAT (10 KES)

Tanjung Dua Belas (1) - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) - 1 kes

Telok Panglima Garang - 7 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja - 5 kes

DAERAH PETALING (19 KES)

Bukit Raja - 1 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) - 1 kes

Damansara - 15 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Tamar) - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan Pekerja - 2 kes

Petaling - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 1 kes

Sg Buloh - 1 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) - 1 kes

DAERAH SEPANG (4 KES)

Dengkil - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Jaya) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 1 kes

Labu - 1 kes lokal
Saringan PKPD (Kluster Bah Medan) - 1 kes

Sepang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED