Kluster Aktif Dengan Kes Baharu |
COVID-19: Tiga kluster baharu dikenal pasti hari ini - KP Kesihatan
BERNAMA
16/10/2020 07:34 PM
KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti tiga lagi kluster baharu COVID-19 hari ini iaitu Kluster Lekir di Perak, Kluster Buntar melibatkan Kedah, Perak dan Putrajaya, manakala Kluster Merbok di Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi Kluster Lekir, ia melibatkan Daerah Manjung di Perak dengan kes indeks bagi kluster itu (kes ke-17,528) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Okt 2020 dan dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
"Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 144 individu telah disaring dengan enam kes dikesan positif COVID-19, dua individu negatif dan 136 individu masih menunggu keputusan," katanya pada sidang media maya disiarkan di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Berhubung Kluster Buntar, beliau berkata kluster itu melibatkan Kuala Muda di negeri Kedah, Daerah Kerian di Perak dan Putrajaya.
Kes indeks bagi kluster itu (kes ke-18,035) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Okt 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
"Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19. Sehingga 16 Okt 2020, 12 tengah hari, sejumlah 51 individu telah disaring dengan lapan kes dikesan positif COVID-19 dan 43 individu masih menunggu keputusan," katanya.
Bagi Kluster Merbok, Dr Noor Hisham berkata kluster itu melibatkan Daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor.
Katanya, kes indeks bagi kluster itu (kes ke-17,983) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Okt 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
"Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif COVID-19. Sehingga 16 Okt 2020, 12 tengah hari, sejumlah 270 individu telah disaring dengan sembilan kes dikesan positif COVID-19 dan 261 individu masih menunggu keputusan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata secara keseluruhan, sebanyak 38 kes (enam peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai serta kes-kes terbabit sememangnya terasing di dalam penjara.
Selain itu beliau turut memaklumkan Kluster Bunga di Negeri Sembilan hari ini tamat tempoh pemantauan dan pengawasan 28 hari, menjadikan 104 kluster tamat tempoh setakat ini daripada keseluruhan 181 kluster yang bermakna tinggal 77 lagi kluster aktif.
-- BERNAMA

Kluster Baharu |